Sunday 28 October 2012

TERKUNCIKUTERKUNCI



Assalamualaikum, hai semua seperti hari2 yang lepas semua dalam keadaan baik dan sihat sejahtera, terbaru aku, isteri dan anak2 beraya di kampung halaman ku di pontian sempena menyambut hari raya aidiladha, biasanya aku ini yang jarang2 dapat pulang ke kampung sangat la xcited teramatnya, banyak agenda yang pasti menunggu ditambah semua partner in crime aku semuanya ada dan cukup lengkap la kalau nak merancang satu rompakan tu hihihi..

Agenda pertama yang aku lakukan setibanya di kampung ialah program korban lembu, lokasi di rumah tok Adam bapa kepada rakan ku Kupil dan Abang, dikhabarkan makcik aku ada buat korban jadinya aku hadir sebagai meraikan beramai2 bersama orang2 kampung. Hemm agak meriah walaupun aku tidak terlibat secara langsung cuma cuit2 je tapi ok la dari tidak membantu langsung kan..?

Petangnya pula aku bersama budak2 kampung turun ke padang bermain bola, aktiviti yang paling aku tunggu2, dan waktu malamnya aku masih bersama mereka untuk bermain futsal pula, korang bayangkan ada saja aktiviti kalau kat kampung nie, memang enjoy sangat laa, kebanyakan masa aku terkunci dengan aktiviti.

Ada satu cerita semasa aku dikampung tempoh hari, aku,isteri dan anak serta ahli keluarga ku yang lain berkumpul di ruang tamu bahagian belakang sambil menonton tv, tiba2 terdengar suara budak kecil memanggil 2 "acamekom....cik jak2.... buka pintu" "acamekom...atok2... buka pintu atok...", tetapinya suara itu sangat sayup2 je seperti di luar rumah atau seperti suara orang dalam kelambu, sayup jerk...jadi kami semua tidak syak apa2 pun sehingga lah bapa aku ke ruang tamu hadapan dan suara itu masih lagi kedengaran, untuk mencari jawapan kepada suara itu bapa aku pun mencari mana hala puncanya suara budak2 yang sayup2 tu..

Nah!! ko rupanya betul kejadian suara budak2 yang sayup tu memang benar terjadi tapi bukan di luar rumah atau di dalam kelambu tetapi di dalam bilik pakcik aku, ye betul!! dalam bilik pakcik aku yang tertutup rapat tanpa dapat dibuka oleh sesiapa pun dari luar, diperiksa sah lagi sahih yang ada dua orang budak tecik yang comel lagi montel dan kachak2 belaka dalam bilik sedang... entah tak tau sedang apa yang dorang buat dalam tu sehingga terkunci dari dalam..

Apa lagi pemilik kepada anak2 yang terlibat (kaum ibu sahaja k) sangatlah huru-haranya sehinggakan riuh serumah!! nak tahu anak siapa yang terlibat.....0o0o0o anak aku rupanya...apa?!! biar betik anak aku terkunci dalam bilik?!!!
apa lagi isteri aku campak semua terus berlari ke depan nak pastikan bukan anak dia kot yang terkunci tu (kes tak terima kenyataan la tuu) hihihi..cian wife aku gelabah puyuh dibuatnya..hahahha... yang aku lagi tadi ketawa ni kenapa? mana tak ketawa memang kelakar weih masa tu,aku sampai sekarang nak tergelak lagi nie hahaha!!

Orang pertama yang berada di lokasi kejadian ialah bapa dan mak aku hahaha..bapa aku g la menjengah di tingkap bilik memang pasti ade dua orang budak cenit Fahim (masuk 3 tahun) & Emir (masuk 2 Tahun) yang sorang memula ok je tapi bila yang lain dah kelang kabut dan gelabah kerumun tingkap dia apa lagi terkejut confirm la meraung hahahaha.. padan muka Fahim, dan yang sorang lagi anak makcik aku ambil kesempatan dengan menuang losyen mama dia kat lantai,memang dorang dah plan lama dah aku rasa nie hahaha!! tapi dia cool je...

Aku tahu memang kerja anak aku yang mengunci pintu tu, dia memang sangat menyukai kunci dan mengunci, tapi tang buka kunci dia fail lak, tu yang terkunci..adoi yai..puas la memujuk kedua anak bijak nie dari mendekati pintu kerana tiada cara lain selain menendang pintu bilik yang tersebut hahahaha!! kelako2 hahaha..aku langsung malas nak ambil tahu kerana sibuk merakam adegan semua yang terlibat memang huru-hara la rasa sweet sangat moment tu, macam nak suruh budak2 tu buat lagi je hihihi..

Akhirnya puas memancing dan berbagai helah digunakan pintu bilik dapat juga di buka dengan cara menendang, part menendang serahkan la kepada cik Jak dia memang pakar sepakan percuma,wakaka!!
aku sempat menemuramah kedua2 budak kecik yang gud-gud nie tapi semua pertanyaan dijawab dengan NO KOMEN!! hemm ok mungkin masih trauma kot hahaha!! ada kemungkinan mereka marasakan orang tua mereka masing2 buat dono je kat dorang that y mereka berdikari dan mengambil keputusan dengan saling menjaga satu sama lain hahahaha!! anak2...

Patut la sebelum kejadian makcik aku ade bertanya anak dia mana, so aku jawab la jangan takut anak dia anak aku yang jaga, tang aku tanya dia kata anak aku anak dia yang jaga..so benar la kata orang mulut orang tua nie mustajab, memang terbukti dorang saling jaga menjaga antara satu sama lain, sehingga kecoh serumah!

 Fahim

 Emir

Fahim & Wafi

P/S kepada ibu2 dan bapa2 pastikan anak anda dimana dan selamat oke..agak2 korang ape lak projek dorang lepas nie?????...........


3 comments:

  1. anak ko kan...mmmg lawak gilos...nanges x hengat...anak aku lek jek main losyen...cheh

    ReplyDelete
  2. dia peka untuk respond terhadap persekitaran..peka itu bagus..kuikui

    ReplyDelete
    Replies
    1. Confuse ank aku taw.apesal la mamat fahm ni nanges.ajak wat pojek baik pn sdey

      Delete