Monday 31 December 2012

Happy New Years!!!

Selamat tahun baru untuk aku dan semuanya...tahun baru semangat baru,azam baru, matlamat baru,seiring dengan tahun baru kematangan kita juga semakin tinggi, lebih waras dan rasional dalam berfikir dan membuat  keputusan, azam untuk tahun ini aku dah set awal lagi, pasai aku dah set azam tu pada awal muharam yang lepas hihihi...Azam aku tahun nie tak nak takut buat keputusan lebih2 lagi keputusan yang besar2 nie..aku akan cuba..hemm

Tahun baru ini aku cuba membuat sesuatu yang drastik yang pasti aku tak mahu lagi termakan dengan momok2kn orang lain, tak mahu lagi dipengaruhi oleh pandangan2 orang lain yang semuanya macam negatif, aku dah selidik sendiri dan tak la senegatif seperti yang disangkakan..aku nekad alang2 kalau nak tertonggeng sekalipun biar sekarang, sebaiknya biarlah ianya menjadi batu loncatan kearah lebih kebaikan untuk aku..mudah-mudahan amin...

p/s :  aku cuma merancang tuhan yang menentukan...

Happy Besday we all..!!!

Pada 22.12.2012 lepas kami sekeluarga memngadakan jamuan kecil-kecilan menyambut hari jadi, antaranya ialah aku (Adi),Rae,Janah,dan yang terutama sekali ialah Fahim..aku nak jemput pakcik aku Mr Zaki tapi malangnya dia kat KL hihihi...majlis sederhana sahaja tapi meriah la semua family aku ada sama lengkap semuanya..

Juadah kami beli je dari kedai berdekatan dan nak ucap terimakasih kepada mak dan Lina yang menyumbangkan kek untuk kami semua tqvm..makanan memang mewah sekali sampai boleh mengulang2 syukur ade rezeki untuk kami,berfikir sekejap...ramai gak ahli keluarga yang menyambut hari jadi bulan 12 nie ek?







beria si rae...


Fahim xpayah la nak senyum sangat...










p/s selamat hari jadi semua....

Wednesday 26 December 2012

SAMBUNGAN...hihihi















Tuesday 25 December 2012

Dating in Singapore

DATING IN SINGAPORE

Pada 20.12.12 aku bersama adik lelaki ku Rae dan isteri Arlina telah mengadakan lawatan muhibah ke Singapura .. Sebenarnya aku bersama isteri sudah merancang ingin kesana sebelum ini tapi masa terlalu tidak mengizinkan dan kebetulan cuti hole tiba idea kesana muncul dan semuanya seperti tiada halangan yang melintang, tetapi sebelum itu kami perlulah menyiapkan apa2 yang patut seperti pastikan anak2 kami semua tidur dan segalanya siap diuruskan hihihi..

Kasihan si Janah (adik perempuan aku)terpaksa menjadi bibik sementara waktu, mak cuma memantau dia untuk menjagakan anak aku sepeninggala aku ke sana confirm la ada habuannya.. kami bertolak selepas maghrib aku menaiki motor superbike hitam dan Rae bersama motor sport dia hihi "sangat"!! semua berjalan dengan lancar, tunggangan santai sahaja lagipun keadaan jalan untuk memasuki Singapore tidak terlalu sibuk.

Ketika memasuki aku sudah tersilap memasuki lorong, kerana aku mengikuti Rae,nasib Rae perasan dan dia menyuruh aku pusing semula ke lorong yang asal adoi yai..lorong yang aku masuki itu rupanya lorong untuk pekerja sahaja..kalut la sekejap nasib baik Isteri aku ok dia tolong alihkan kon untuk laluan kami..fiuhh!!...

Target utama kami ialah ke Mustafa Centre, kerana pertama kali kesana aku tidak berkesempatan untuk meninjau keadaan didalam so kali ini aku tekad untuk masuk kedalam..Memang tidak dinafikan barangan di sana sangat murah, minyak wangi, emas,baju,barangan eletrik,HP,Camera segala mak nenek ada di sana..

sempat la membeli sedikit ole2 di sana..hihihi selepas siap kami pergi meronda sehingga ke tempat rae bekerja, hemm rase la dating berdua macam couple2 sekarang leh pegang2 tangan hihihi, dolu2 masa kami dating duduk berdua pun selang satu kerusi adoi yaii..nasib baik kereta aku kerusi depan cuma 2 kerusi dan dia tak minta duduk belakang hihihi..nak naik moto hemm jangan harap dalam mimpi pun belum tahu lagi k..

menunggukan Rae yang berdinner tu siap dapat la melepak sekejap, selesai semua kami pulang ke Johor dengan selamat..syukur alhamdulillah..


 
Rae & Lina

 
so sweet..

 
bersama super bike kesayangan..


 my dream car (in my dream)

Wednesday 19 December 2012

RAHSIA MELALUI KENTUT!!


1. Orang TIDAK JUJUR
Orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.
2. Orang BINGUNG
Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.
3. Orang BERWAWASAN 2020
Orang yang tahu masa yang terbaik untuk kentut.
4. Orang SENGSARA
Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.
5. Orang MISTERI
Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.
6. Orang GUGUP
Orang yang tiba-tiba terkentut bila di sergah.
7. Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI
Orang yang melepaskan kentutnya dengan bunyi yang amat lantang
8. Orang SADIS
Orang yang kentut di dalam selimut ketika di ranjang.
9. Orang PEMALU
Orang yang kentut tidak bunyi tapi gusar orang terbau kentutnya.’
10. Orang yang STRATEGIK
Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dapat mendengar bunyi kentutnya.
11. Orang BODOH
Orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengganti angin kentutnya yang sudah keluar.
12. Orang PELIK
Orang yang boleh mengeluarkan kentut apabila di suruh
13. Orang SOMBONG
Orang yang sering mencium kentutnya sendiri dan bercerita akan keharuman kentutnya.
14. Orang RAMAH
Orang yang tidak kisah mencium kentut orang lain.
15. Orang yang tidak senang BERGAUL
Orang yang suka kentut bila berkumpul dengan teman-teman.
16. Orang AKUATIK
Orang kalau gemar dikentutnya di dalam air
17. Orang ATLETIK
Orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.
18. Orang JUJUR
Orang yang mengaku kalau habis kentut
19. Orang PINTAR
Orang yang boleh menghurai kandungan bau kentut orang lain seperti bau telur atau buah durian.
20. Orang KELAKAR
Orang yang bila ketawa sambil kentut
21. Orang yang ROMANTIK
Orang yang kentut bunyinya mendayu dan berirama merdu ketika sedang berdating
22. Orang yang TIDAK SIHAT
Orang yang bila batuk dia akan terkentut
23. Orang yang PANAS BARAN
Orang yang mudah marah bila terbau kentut walaupun kentutnya sendiri
24. Orang yang PELUPA
Orang yang tertanya-tanya bila terbau kentut padahal dia sendiri yang kentut
25. Orang yang GILA
Orang yang suka kentut tidak kira dimana dia berada walaupun di khalayak ramai termasuk dalam lif.
26. Orang yang VERSATILE
Orang yang kentut sambil ketawa.

Tuesday 18 December 2012

NAMA-NAMA JAWA TERPILIH..

Pandai tanam bunga, diberikan nama -Rosman.

Pandai membaiki kereta, namakan -Karman 

Parman Pandai dlm penulisan - Suratman 

Gagah perkasa - Suparman 

Boleh mendengar sambil berjalan -Wakiman 

Selalu bertanya - Azman (loghat jawa bunyi Asman) 

Pandai buat kuih - Paiman 

Pakar jualan - Salman 

Pakar pasal alam sekitar - JASman (Jab. Alam Sekitar) 

Pandai melukis, tulis sajak, nyanyi lagu - Saniman 

Doktor gigi - Sugiman 

Supaya cepat naik pangkat - Yasman 

Bakal kaki pukul dan dera orang -Deraman 

Yang ada darah Bengali - Manbai 

Pandai organise skim cepat kaya -Pakman (Te' Lo) 

Mat rock - Rokman 

Jadi polis trafik - Saman 

Pakar kunci - Lokman 

Baik budi pekerti - Budiman 

Ada lagi... .. Buat kerja ala kadar - A. Kadarisman 

Suka bagi orang susah - Sukarman 

Suka mengada-ngada - Ngadiman 

Dua alam - Herman 

Paling tak guna - Koman 

Selalu sakit - Deman 

Kalau yang kuat berlawan - Ultraman 

Yg suka main daun terup poker -Pokemon 

   (poker face)

PANDUAN NAMA-NAMA JEPUN UNTUK ANAK ANDA

01. Yang pemarah - KEiJI CACIMAKI
02. Yang suka berjimat - SAYORI SUKAMURA
03. Yang bisu - KIETA TADASORA
04. Yang suka makan nasi - NANACHi KASIBANYA
05. Yang suka layan blues - APO NADIKATO
06. Yang suka belajar - ASHIKO ULANGKAJI
07. Yang kerap bikin kacau - WAKASI HURUHARA
08. Yang sangat kedekut - MATIMATI TAMOKASI
09. Yang suka sangat tidur - ICHIBAN TIDOMATI
10. Yang suka mengintai - HINTAI AKOSUKA
11. Yang tua - TARAGIGI PADANMUKA
12. Yang kena tinggal bini - SUSAHATI BINILARI
13. Yang suka merempit - SAJA CARIMATI
14. Yang suka BERSUMPAH - SAIIFOO BAUKARI
15. Yang Lembab - AYUMI SIPUTBABI
16. Yang suka tidur - ASHIKO MEMBUTO
17. Yang suka cari pasal -KAKIYO GADUHO
18. Yang suka mengumpat - YASUKO MENGATO
19. Yang suka senyum sinis kat orang -SEIYUMO BAUKAMBINO” 

P/S Nak tercabut usus aku baca yang no 14 tu..lawak gile..wkwkw!!
5 TANDA-TANDA BILA SUDAH TUA..

Kalau dulu jalan bawa minyak wangi, sekarang bawa minyak angin..

Kalau dulu keras menunggu, sekarang menunggu keras.

Kalau dulu sebulan 12 kali, sekarang 12 bulan dapat sekali, kire baik dri tak dapat langsung.

Kalau dulu kecing leh pancut jauh, sekarang pancut siap meleleh kat kaki.

Kalau dulu tido wife pakai short marah suruh buka tak payah pakai apa2, sekarang wife berkemban pun marah suruh buka mcm dah takde baju yang senonoh je.


P/S Hahahaha!!
HAI ALL ..

Hari ni 18.12.12 bersamaan hari isnin merupakan hari jadi aku hihihi.. hari jadi aku ke? cam malu lak nak nak ngaku hari jadi sendiri.. tapi ialah umur dah masuk 3 series ni tiba2 berlangsung tanpa sedar, tahu2 dah tua rupanya aku nie, well nak buek camno syukur la semuanya berjalan dengan baik sekali selama aku mengharungi usia 30 nie,mcm2 achievement yang aku perolehi dah ade isteri kaya hihihi, dah ade harta sikit2 (baru nak menapak pun), ade anak2 yang sihat,sempurna, bijak dan tomel2 belaka..Hidup dalam keluarga yang bahagia memang happy sangat la.

Hemm perancangan nak masuk spore, ajak my wife dating kat sana, merempit je lebih senang rasenya,lokasi mungkin ke Mustafa Centre nak cari perfume kot tp bukan aku ni wife aku yang request utk ke sana dengar2 kat sana lagi murah, murah sangat la jauh beza dengan harga kat sini. Ini baru planning belum tahu lagi jadi ke idok..kalau tak hujan atau keadaan baik pasti kesana kot insyaallah..

p/s Happy B-Day to me...hihihi..



Monday 17 December 2012

Ahad 16.12.2012 saya ke sentosa makan bubur nasi di warung no 1, teringin makan kuew teaw goreng kerang fuhh!! lega bile ape yang dihajati tertunai, dah lame teringin mkn mee nie tapi ada saja batu penghalang bila time nak g tu,mkn gak kat tempat lain tp tak sama dengan yang kat sini..guna kn teknik kukus,grill, panggang kot tu yg sodap tu..







Pada 14 DIS 2012 perlawanan bola diadakan di Stadium Tan Sri Hj Hasan Yunus diantara Johor DT vs Pelita Bandung Wijaya yang berkesudahan team Johor menang 2 berbalas 0. Tahniah!! Harimau Selatan, aku sempat ke sana bersama Awal dan dak2 yang lain, masuk percuma,ok la leh tahan ramai gak penonton, tak sabar nak tunggu liga bermula.






Wednesday 12 December 2012


Pada 9.10.2012 telah di adakan pertandingan badminton antara kakitangan UMMB. Pada kejohanan kali ini pasukan aku telah menjuarai acara tersebut dimana pada edisi sebelumnya kejuaraan itu di sandang oleh pasukan lawan, ini sebahagian gambar sorotan aksi dan sebahagian pemain yang terlibat pada kejohanan kali ini..















Tuesday 11 December 2012


LAYAN GAMBIRAN...