Thursday 20 September 2012

Cuba Baca....

bayi2


Mama cantik sangat! Kulit Mama hitam manis. Mata Mama bundar bersinar. Hidung Mama mancung. Bibir Mama tak la tebal sangat dan tak la nipis sangat,sedang molek je. Gigi Mama teratur rapi. Pipi Mama mulus gebu. Sikit pun tak ada jerawat. Mama tetap cantik walau tak diconteng mukanya dengan alat solek. Tapi yang paling adik suka,rambut Mama. Rambut Mama panjang sampai ke pinggang! Lebat hitam berkilat. Mama rajin cuci rambut dengan syampu. Hmmm..wangi!
Adik ada nenek. Nenek pun cantik. Tapi adik jarang nampak nenek dalam rumah ni. Nenek kerja. Mama kerja. Atok pun! Adik Mama ada dua. Sorang laki-laki dan sorang perempuan. Semuanya adik susah nak jumpa. Mereka sibuk dengan kerja. Matahari belum terbit semua dah keluar. Matahari terbenam baru la sorang,sorang balik ke rumah. Mama pun macam tu jugak. Nak buat macamana,Mama kerja shift. Minggu ni siang,minggu depan malam pulak.
Jiran-jiran adik ramai. Sebelah kanan Pak Andak,dia kerja “Jaga” kat kilang elektronik yang tak jauh dari rumah kami. Pak Andak takde isteri,tahun lepas Mak Andak meninggal akibat kanser payudara. Anak-anaknya semua dah kawin. Mereka duduk jauh. Kawan Pak Andak hanyalah dua ekor kucing yang dia letak dalam sangkar besi di dapurnya. Sebelah kiri rumah adik, Pakcik Meor dan Makcik Ana. Walau dah berkahwin selama lima tahun tapi mereka belum ada anak. Kesian kan? Ada ramai lagi jiran-jiran Adik tapi Adik tak tau nama mereka semuanya.
Mama sayang Adik. Adik tau la. Mama selalu belai-belai Adik. Usap-usap Adik. Bila nak keluar pergi kerja,mama akan pakai baju yang longgar,selesa. Dari dulu pun Mama memang macam tu. Mama tak suka pakai baju yang ketat-ketat. Bagi adik,Mama pakai apa pun semuanya cantik! Asyik cerita pasal Mama je..adik pun ada Papa ,tau? Papa…orangnya tinggi. Hensem.Rambutnya pendek bersikat rapi. Kulit Papa agak cerah sikit dari kulit Mama. Papa sentiasa pakai kemas-kemas. Adik paling suka tengok Papa senyum. Papa ada lesung pipit!
Papa kerja tempat lain. Sebab tu Mama pergi kerja naik van pekerja. Masa balik je kadang-kadang Papa jemput Mama. Selalunya Papa balik rumah waktu Mama kerja shift malam. Masa tu Atok,Nenek,Pak Teh dan Makcu tak ada di rumah. Masa ni la Mama dan Papa akan ” berehat “sama-sama. Bila Mama kerja shift siang,Papa pulak kerja out-station! Adik tengok rumah ni macam sarang burung merpati je. Siang semua terbang cari makan. Dah nak senja baru ada penghuni.
Adik suka duduk kat sini. Seronok. Adik tau la Adik dah besar. Makan pun dah banyak. Adik lasak! Selalu jugak Mama mengeluh sebab Adik tak duduk diam. Tapi Mama sabar.Mama pegang Adik. Mama raba kepala Adik. Mama suruh Adik diam,jangan nakal sangat. Bila dengan Papa je,kadang-kadang Adik tengok Mama sedih. Mama nangis. Papa pujuk Mama. Papa belai Mama. Papa cium mama! Eeeee…malu la! Lepas tu,Mama ok balik. Mama senyum balik. Adik dengar Papa kata kat Mama, ” Jangan risau Mama, semua pasti beres. Takde apa yang nak ditakutkan,Papa kan ada?” Mama mengelus jemari Papa,” Janji ya Papa? Papa jangan sia-siakan kami..” “Ya! Papa janji, lepas Mama bersalin, kita nikah secepat mungkin,soal isteri Papa tu, tau la Papa mengurusnya. Mama memeluk lengan Papa, ” Betul ke ni Papa?” ” Sumpah!”
***********************************
Dah seminggu Papa tak datang tengok kami. Papa tak jemput mama di tempat kerja. Puas Mama telefon. Puas Mama sms. Tapi hampa. Mama menggenggam handphone ke mana pergi. “Nombor yang anda dail gagal untuk dihubungi,sila tinggalkan pesanan di peti suara…” Mana Papa kamu ni?” Mama mengusap-ngusap Adik. Mama berjalan mundar-mandir dalam rumah. Mama cuba lagi dan lagi menelefon Papa. Tapi hampa. Mama geram. Mama melontar handsetnya ke katil. Bersepai handset tu jatuh ke lantai. Mama? Kenapa Mama buat macam tu? Kan susah nanti nak contact Papa?
Mama menangis. Lama Mama menangis sampai bergoncang-goncang tubuh Mama. Mama mengutip handphone yang bersepah di lantai. Mama memasangnya semula. Mama cuba call Papa berkali-kali. Tapi tak juga berjawab. Mama menjerit. ” Tak guna punya jantannn!!” Adik tak tau nak buat apa. Apa mesti Adik buat? Kesian Mama. Mana Papa? Mana Atok? Nenek? Balik laa..Mama sakit ni..Adik tau Mama sakit,sakit sangat! Adik mesti tolong Mama! Adik kena keluar dari sini..dah lama adik duduk dalam ni, berkongsi makan dan minum dengan Mama. Berkongsi segalanya dengan Mama. Adik nak cepat besar. Adik nak tolong Mama. Adik mesti sebab adik tau,”Syurga itu di bawah tapak kaki Mama!”
**********************************
Adik dah kat luar Mama! Lainnya suasana di luar ni..tak macam masa Adik kat dalam. Kat dalam,Adik terapung-apung. Ruang untuk bergerak pun terhad. Ada masanya kepala Adik di atas,ada masanya kepala Adik di bawah. Nah…sekarang Adik rasa sangat selesa. Kaki Adik boleh dilurus! Kaki Adik boleh tergawang-gawang di udara. Tangan Adik pun! Sukanya! Adik ketawa ..adik ketawa kuat-kuat!
Mama berpeluh satu badan. Ada tompokan darah di kaki Mama dan di sana sini. Di badan Adik pun. Mama tutup mulut Adik!
“Kau diam boleh tak????”
Adik ketawa lagi…”Mama,mamaa….ni Adik la,Mama”
“Budak ni? Kan aku suruh diammmm???”
“Mama…Mama…kenapa Mama?”
Mama bergerak perlahan-lahan menuju ke laci almari solek di tepi Adik. Mama mengeluarkan sebilah gunting. Mama menggenggamnya. Dengan sangat hati-hati memotong tali pusat Adik. Mama merenung Adik. Mata kami bertembung. Ohh..Mama memang sangat cantik! Mama merenung Adik lama-lama. Sekonyong-konyong telefon Mama berbunyi. Mama menjawab dengan suara tertahan-tahan,” Apa? Ayah nak balik sekejap lagi? Baiklah…saya kat rumah ni…” Mama diam. Mama mendail nombor Papa. Lagi. Lagi dan lagi. Tapi Papa, langsung tiada kabar berita. Sekuat hati Mama membaling handphone ke dinding bilik.
Mama seperti hilang akal. Mama merengkuh Adik dengan kasar. Mama mendukung Adik ke balkoni. Adik diam. Mama menangis. Kemudian Mama ketawa. Adik tetap diam. Mama mengangkat Adik tinggi-tinggi ke udara. Adik terasa ada cahaya matahari menyentuh wajah Adik buat pertama kalinya. Adik diam jugak. Adik tak boleh bagi mama sedih,kan? Adik mesti jadi anak yang baik. Adik nak cepat besar supaya Adik dapat bantu Mama yang dah banyak berkorban untuk Adik selama Adik tinggal dalam rahim Mama! Terima kasih ,Mama..Hanya Allah yang dapat membalas jasa Mama.
************************************************
“Mamaaaaaa!!! Adik sayang Mama..kenapa Mama tergamak campak Adik ke bawah???”
“Mamaaaaa!!! Kepala Adik dah pecah, Mamaaa….Mamaaa,Ma…maaaa….maaaaaa…”

Monday 17 September 2012

assalamualaikum dalam kita asyik dalam sambutan raya diam tak diam bulam syawal pun  berakhir semalam meninggalkan kita,menanti lagi untuk tahun yang mendatang itu pun kalau dijodohkan kita untuk berjumpa lagi.Walaupun syawal berakhir sudah tapi sambutannya masih lagi di rasai terutama bila melihatkan jemputan rumah terbuka yang bertali arus,mungkin masing2 menunggu saat akhir untuk  mengadakan rumah terbuka akibat sediri pun tak putus-putus terima jemputan.So tugas kita ialah menghadiri la rumah terbuka tu,kepada rakan-rakan,kaum kerabat,para supplier sekalian jangan la berkecil hati kalau jemputan korang tak dapat dipenuhi tahun hadapan buat la lagi k.gila la kecik beso je bijik mata aku update blog pakai hp nie.adoi yai k yooosssi

Thursday 6 September 2012

Pada 1hb september 2012 berlangsungnya majlis pertunangan diantara Naharia & Farhan

Testing bergambar.

Testing gak nie,hihihi.

Ala testing lagi ke? o0o0o0o kali nie ada Fahim sekali..

Aik!! testing lagi??

OK2 lps nie dah k,dah lenguh pagang bunga..

Alolololo... cute la tu konon tu..cam nak kiss je dak nie..

Mak dan ayah ku..lovely picture just nice...

Lagi sorang anak abah yang gebus sangat2 nie..nk betbet pp cikit boley??

Haa yang nie dua2 comey2 belake..yang belakang tu nk betbet pp cikit boley?? hahaha!!!

Fahim masih dalam moody lagi, baru baik dari demam..

Sebahagian barang hantaran dari pihak perempuan.8 dulang semuanya,eh cop2 yang box wane cekelat tu termasuk sekali ea??

Antaranya jam kaki tangan (macam la dorang tak tahu bende apa nie)

Baju ke rusi meja Renoma wahh siap ade size lagi nie, what!!?? saiz M biar betik?? hemmm ok2..

Barangan penjagaan diri produk l'oreal Paris..( lepas nie confirm ada iras2 Aaron Aziz)

Haa yang nie xdapat free kene bayar beb..dengar2 over than 10k wow!!

Haa nie cekelat ferrero rocher amik sorang satu ea..ade 30 pcs je nie..

Antara buah2an segar2 sumanya...

Sesi fotografi dari jurufoto yang di tempah dari ayzaniceshootsangat xde 5k jangan cube nak gune servis dia eh...ada brann??

Pose dah ok background fail sungguh..

Kasut berjenama Newzealand Newbalance saiz hemm xdinyatakan..hihihi nampak mcm saiz9 nie hihihi..

Tuala 

Sebahagian rombongan dari pihak lelaki..yang bercermin mata ialah kakak kepada farhan seorang peminat tegar oppa gannam style by PSY hihihi..

Cantik nubhan gubahan dari pihak Farhan nie, sebenarnya ini ialah tempat cincin
Apa ada pada style? yang penting hasilnya super the vass..

Kalau kat kedai kopi gaya macam nie confirm orang cop kite tengah "ngecai", tapi ianya bukan ini adalah sesi perbincangan kedua-dua belah pihak bagi menentukan keputusan yang bakan dipersetujui bersama.(makna "ngecai" pada kamus dewan edisi ke 9 mukasurat 104 memang xde so sila rujuk kepada suami dan bapa masing2 tq)

Like a princess..

Sebahagian dari tetamu wanita.

Senyum sikit..

sesi menyarung cincin.

yahh tu dia..selamat bertunang cik Naha..(mokcu)

Sesi peluk2



Sesi bergambiran beramai2

Tok Norman dan Ayah Tok.

Kalau korang tanya ini Farhan maknanya korang silap,ini ialah kembar Farhan..hihihi ape? ingat aku nk lobang gak ke? cheh!

Brader nie mintak nasi putih bukan main lagi,tapi makan nasi beriani gak,tak faham tuk mak nok..

Antara juadah yang disediakan oleh tuan rumah.nyum nyum..

Haa nie barulah si Farhan aka tunang C Naha..(mokcu)

hehehe..Lebo ko senyum ye Paan..

Ehh!! adoi laa...ni yang malas nak amik pic makyu nie,confirm nk kene edit gune fotoshop nie..klu tak cam nie r..
tapi crdt untuk dia kerana menerima pujian dan sanjungan dari tetamu atas masakan sayur gorengnye itu ape korang aku lobang ke?? adoi yai..(pasai tetamu kita tak pernah makan sayur goreng sebelum nie)

Alahai anak sape la yang sedap mata memandang tu, mesti baik orangnya nie,selalu kalau muka sweet orangnya mesti sweet gak hikhikhik..

yang nie nak kire caner ek? kirenya nie dah habis dress up la nie,mmg gaya posing seorang anak lelaki Jawa nampak sangat dah nie..

Ayu bersama pengasuh aka mak angkat Emir..

Tanda si dara sudah berpunya,cuma belum rasmi lagi. jaga perhubungan bertunang banyak dugaan.. 

Kan dah cakap model jawa memang agak eksotik sikit posing nya..

Sesi bergambar adik-beradik Cnaha.

Keluarga Pak Ngah

Keluarga ku

Si gebus yang comey kintel2

Yang ni pun comey gak..lena betul tido kat luar nie ek..

Rombongan lelaki beransur pulang.