Thursday 22 November 2012

FB

Hii all...kabare, sekarang baru nak hapdet, malas sebenarnya, tapi merajinkan diri sikit dalam waktu yang tehad, aku akan senaraikan sedikit statment dari orang2 yang berfikiran terhad. Aku kasihan akan mereka ini tapi nak buat camno itu kehidupan mereka lantak pi laa..

1. Susah la ko takde fb ko lambat dapat info.
2. Alamak dia nie sorang memang susah nak contact pasai takde fb
3. Tu la orang lain boleh keep in touch pasai ade fb ko je susah nak contact.
4. Aku susah la nak jemput ko pasai ko takde fb,dak2 lain aku jemput tru fb je.
5. Yang paling paing "ko nie bute it laa"..
6. Tu la takde fb.

jawapan aku senang je.

1. Penting sangat ke info korang yang aku kene tahu? tak de kerja aku nak tahu hal korang.
2. Lor kenapa nak contact aku?
3. Ade fb baru leh keep in touch ek? sedih la aku
4. Takyah jemput..
5. Biar bute it jangan bute hati..
6. Takpe face to face lagi baik.

Korang nie siapa sebelum ade fb nie? fb nie mengangkat martabat korang ke? aku yang takde fb kenapa korang yang melalak melolong? aku yang tak faham atau korang yang taknak faham? buah epal sebenarnya tidak semua orang suka,jadinya sila hormati pendirian orang lain, ada yang mampu aku elakkan dari berjuta perkara yang aku patut elakkan so aku cuba elakkan, sekurang-kurangnya aku mencuba apa yang aku mampu.

Yes aku dan wife sepakat kami menolak fb semampu mungkin dan kami tidak mengaplikasikan fb dalam kehidupan seharian kami, kepada rakan2 aku dan wife yang berjauhan tu kalau nak mengetahui perkembangan kami sekeluarga lawatilah blog kami ini.


p/s Hidup ini memang mudah tapi tidak semudah seperti yang kita sangkakan..

3 comments: