Monday 8 December 2014

MENANTI HARI BARU.

Assalamulaikum. .kebelakangan ini adalah menjadi satu tabiat baru aku untuk melihat kalendar,menantikan hari baru yang bakal menjelang tiba.

Perasaan bercampur baur antara suka dan hiba. Tapi apa pun harinya akan pasti datang, kena juga tempuh walaupun antara suka dengan tidak.

Semoga hari baru nanti akan lebih baik dari sebelumnya, hari sebelumnya akan kekal indah menjadi satu kenangan.

Terima kasih kepada kedua orang tua yang memberikan sokongan, kepada isteri yang selalu memberikan dokongan dan dorongan semangat yang tidak pernah jemu serta banyak memberikan bantuan dalam segala perkara. Sesungguhnya allah sahaja yang membalas segala usaha baik kalian amin..

Kalau difikir2kan semula tak terlintas untuk mengambil langkah sedrastik ini tapi ketentuan allah siapa boleh menduga..

Allah humma ana...

P/s Jaga iman jangan tinggal solat...




Tuesday 18 November 2014

FINAL PIALA MALAYSIA JDT vs PAHANG 1 NOV 2014

Assalamualaikum semua..hai bat gapo tu..dah male ni..tak tido lagi?.. gapo nok tunggu kawe up date blog?? Hahaha..lama kan tak up date, sekarang nie memang dlam mood malas nak buat ape benda pun, tetiba nie la baru ada rasa nak menaip walaupun idea atau perkara apa yang aku nak ceritakan tu takda langsung..

So bila imbas2 semula moment lepas baru teringat ade story yang aku nak share sama, final piala malaysia 2014 antara JDT vs Pahang. Sangat mengujakan bila mana aku dan isteri dapat sama2 menyaksikan perlawanan akhir secara live di stadium Bukit Jalil.

Seperti biasa aku sudah dapat mengagak pelbagai perkara yang bakal berlaku antaranya kesesakan, rempuhan, himpitan serta terpaksa menunggu lama di bawah terik. Ini berdasarkan pengalaman terdahulu. Isteri sudah aku peringatkan tentang hal2 tersebut supaya dia bersedia dari segi mental dan fizikal.

Tiket perlawanan aku sudah suruh runner carikan iaitu pakcik aku. Dia mark up boleh tahan juga puii, aku peratikan je,tapi tak pe la janji sama2 enjoy aku tiada masalah kerana wife aku ikut sama.. so kami bertolak seramai 5 orang iaitu aku dan isteri serta pakcik aku si zaki dan isteri dan anak ny.

Alhamdulillah  kami selamat sampai dan pulang dengan selamat walaupun sedikit masalah kesesakan dan berhimpit2 tapi itu adalah sebahagian dari keseronokkan, selain itu aku dpat meluangkan masa bersama berdua dengan isteri tercinta tanpa anak2..

Soalan..anak ko sape jaga?? Anak kami kami dh serahkan kepada orang lain untuk menjaganya so payment kasi lebey la huhuhu..overall kami enjoy walau pun JDT tewas..mat yoo puii
Bersama ulat tiket

Kami2

Bersama bos ulat tiket


Tuesday 16 September 2014

MAJLIS AKIKAH CHEMPAKA


Dengan berbesar hati telah kami sempurnakan akikah buat anak bungsu kami ini kebetulan bersaing dengan anak kepada adik lelaki aku maka kami mengambil keputusan untuk mengadakan bersama. Dengan ini majlis cukur rambut juga telah kami sempurnakan dengan menjemput sakalian sanak saudara serta jiran tetanggan selain itu keutamaan ialah kepada kariah surau perumahan kami dan jutaan terima kasih kami sekeluarga atas kesudian tuan dan puan untuk hadir menyempurnakan majlis itu..


Proses tangkapan sebelum disembelih


Kambing yg perlu dipilih..


Ajak Fahim dan Wafi tengok org sembelih kambing..

AHLI BARU KELUARGA KAMI


Tanggal 06 Julai 2014 telah lahirlah anak ketiga kami, dengan syukur yang tidak terhingga kehadrat Allah swt yang mengurniakan cahaya mata perempuan keluarga kami dan telah kami berikan nama Chempaka Arianna Moha Haswandi.
Semoga dengan kelahiranya akan memeriahkan lagi ahli keluarga kami serta semoga rahmat allah akan sentiasa bersamanya dan kami juga.



Fresh lagi masa ni..betul2 baru keluar..

Sunday 13 July 2014

SELAMAT BERPUASA RAMADHAN 1435H

Bertemu lagi pada ramadhan yang mulia ini, harapan kita ialah mencari sebaik-baik dan mengumpul sebanyak yang mampu keredhaan dan keberkatan ilahi. Pada ramadahan kali ini ianya disambut dengan sedikit kelainan, mungkin kerana ramadhan di kediaman baru dan suasana kejiranan yang baru sesungguhnya ia amat memberikan keseronokan berbeza buat kami.

Sangat berbeza di sini dikelilingi jiran yang sangat baik, meriah ,dan murah hati, seperti mana juga dengan kejiranan lama. Kediaman baru kami sangat berdekatan dengan surau yang sentiasa meriah dengan aktiviti agama dibuktikan dengan setiap minggu diisi dengan kelas tazkirah, kelas al quran, ceramah agama dan sebagainya. Belum termasuk sambutan2 majlis seperti maulid nabi dan qurban. 

Suasana di sini pula sangat tenang dan agak senyap dibandingkan dengan kediaman lama kami dahulu, kalau di kediaman lama ianya terletak betul2 bersebelahan jalan raya besar dengan hiruk pikuk bunyi kenderaan dan asap serta habuk, manaka di kediaman baru ini pula suasanya senyap dan jauh dari jalan besar serta lokasi di atas bukit membuatkan pemandangan malam menjadi begitu indah sekali. 

Ramadhan pertama dan mungkin syawal pertama akan disambut di Lurah 9 tetapi kerinduan dan kenangan di Denai Utama tetap terpahat dalam hati..



Tuesday 13 May 2014

MISI MEMBAWA PULANG JNT 1579

Sebelum ini Rae telah diuji dalam kehidupanya. Dia telah terlibat di dalam kemalangan di Singapura sewaktu dalam perjalan pulang dari bekerja di Singapura.

Kejadian ini mengakibatkan jari kelingking tangan kanannya terkulai akibat kulit dan ototnya terkoyak manakala bahu sebelah kiri patah kecederaan seperti calar dan luka di anggota lain tidak ada.

Akibat kemalangan yang berlaku rae telah terlantar di Hospital Nasional Singapura selama dua hari dan motor belangnya telah ditahan oleh pihak berkuasa Singapura...

Misi untuk membawa pulang motor telah di anggotai oleh 3 orang pakar terlatih dari Malaysia iaitu Mal,ayah dan aku..memang agak leceh urusan bagi kita yang bukan warga tempatan kerana masalah lokasi dan masalah mencari lokasi walaupun menggunakan bantuan GPS kami masih lagi tercari-dan kesesatan. Tetapi bagi warga tempatan mungkin tidak menjadi masalah bagi mereka.

Sesampai saja kami di Singapura kami terus menuju ke balai polis bagi mengetahui lokasi motor rae di tempatkan mujur segala utusan berjalan lancar cuma mencari lokasi gudang motor sahaja yang agak memakan masa.

Setelah urusan mencari selesai kami pun tiba di lokasi yang di katakan, sekarang urusan untuk mengeluarkan moto pula di mana rae kena mengemukan laporan polis dan rae cuma diberikan sekali sahaja peluang untuk melihat motonya itu. Sekarang harus pula fikir bagaimana untuk mancari longkai (trak tunda) untuk membawa motosikal rae ke bengkel berdekatan sedangkan bengkel mana yang kami hendak tuju pun kami tidak tahu.

Aku cuba bertanyakan dengan seorang brother tentang trak tunda,kebetulan dia punya kawan dan mujur pemandu trak tunda itu orang melayu Singapura semangat melayu itulah yang memudahkan urusan kami. Dia memberikan cadangan beberapa bengkel di kawasan sekitar dan kami bersetuju dengan salah satu daripadanya.

Nasib terus menyebelahi kami apabila kami ditemukan dengan bengkel dimana salah seorang pekerjanya adalah orang melayu malaysia dari skudai, dialah yang banyak membantu kami membetulkan serba sedikit bahagian yang rosak. Pemilik kedai berbangsa cina bangsat!! Sudahlah sombong kami minta tolong langsung dia tak mahu bantu.

Masalah kerosakan utama motosikal pada bahagian leaver clutch Yang patah, kedai tidak punya alat ganti manakala kedai alat ganti pula tidak tahu dimana lokasinya mujur budak skudai memberikan bantuan peralatan dan 2,3 utas dawai untuk mengikat. Dalam proses untuk mengikat itu ayah dan aku yang kerjakan. Nasib baik ada ayah bak kata cik Zak "ayah ko tu kapal terbang pun dia boleh buat". Terbukti pedal clutch berfungsi bagaikan asal.

Selesai operasi by past dan memastikan motosikal beroprasi dengan baik aku pula mengambil tugasan untuk menunggang sehingga ke Johor. Agak mendebarkan pada mulanya kerana bakal melalui jalan haiway yang sangat sibuk dengan keadaan motosikal yang berkondisi teruk. Malangnya motosikal hanya boleh berkelajuan 40 km/h perrhh!! Kematu punggung aku.

Dengan menempuh perjalanan yang menyeksakan aku pun selamat tiba di Johor syukur kepada allah atas bantuan yang diberikan.



















LEPAKING DENGAN WAFI &ISTERI

Sekarang nie cuti untuk kami meluangkan masa bersama agak terhad kerana Fahim bercuti pada hari jumaat dan sabtu manakala kami suami isteri bercuti pada hari sabtu dan ahad.

Jadi kalau keluar melepak adakala salah seorang dari anak lelaki kami akan tertinggal. Inilah Yang terjadi kepada anak sulung kami, bukan sengaja dia kami tinggalkan tetapi ini akibat kekangan cuti kami yang tidak seragam.

Kami bertiga telah melepakan diri di restoran pizza hut di setia tropika kerana lina teringin nak makan piza, tapi orang yang teringin tu tidak seberapa sangat makan sebaliknya yang orang yang tak teringin lak yang melantak lebih wakaka...






Skrg ni update via smart phone je...more faster n easier...huhu

Tuesday 18 March 2014

KOLEKSI BLOG

Benda ni berlaku kerana kekecewaan, dari kekecewaan kalau kita pandai manage banyak perkara yang baik dapat terhasil, sebenarnya frust itu bagus kalau kita pandai uruskan nya. malas la nak taip panjang2..

Sekarang aku dah ada empat blog, untuk apa bebanyak tu? sebenarnya aku cuma nak hilangkan tekanan jadinya aku saja2 la nak mencuba mereka blog baru tak cukup satu, dua aku buat sekali. Sebelum ini nak buat blog baru punya la malas dan sekarang dah ada empat sekali gus..


I'M BACK!!!

Serius aku suke gila..gila tak suka, dok fikir macam mana nk reset kata laluan baru..yess pakcik kembali !!!!!!!!!!!!!!!! yehaaaaa!!!!!!!!!!!

Tuesday 21 January 2014

ZIARAH 2014

Assalamualaikum..haii all selamat kembali semula saya dan keluarga ke rumah kami setelah menempuh tiga hari yang penuh dengan berbagai aktiviti bermula pada 17 - 19 Jan 2014. Syukur segala yang direncanakan mendapat perkenan dari Allah SWT.. Kami sekeluarga telah ke K.L atas tujuan ziarah saudara kami iaitu biras aku Abg Ali & Isterinya (kakak ipar aku) iaitu Pn Azizah. Setelah hampir 3 tahun berpindah dari Kulai Johor ke Bandar Baru Bangi ini kami masih belum berkesempatan menziarahi mereka, sebelum ini ketika kakak ipar aku masih di Kulai kami rajin sesangat bertandang ke rumah mereka. Terima Kasih kepada kedua mereka yang sudi menerima kami sebagai tetamu rumah mereka dan terima kasih atas layanan yang baik.Inyasallah kalau ada kelapangan kami ingin kesana semula, 

Keduanya alang-alang kami kesana sempat jugalah kami menyinggah ke tempat2 yang sebelum ini telah kami fikirkan. Pertama kami ke I-City selangor di seksen 7 Shah Alam. Kebetulan masa juga mengizinkan aku dan isteri untuk kesana, kami sangat gembira bila melihat anak2 kami tersangat gembira. Pertama kali ke sana aku mengharapkan yang tempat ini lebih bagus dari The Mines Wonderland atau sekurang-kurangnya sebagusnya. Tetapi jangkaan aku meleset sama sekali kerana ternyata setelah hampir 12tahun lalu aku rasakan The Mines Wonderlang yang pernah aku kunjungi sewaktu zaman kanak2 itu lebih canggih keadaannya. Ini kerana di The Mines ketika itu aku boleh dapat rasakan keadaan salji sebenar yang turun dari atas dan terjatuh atas kepala lalu mencair di atas kepala tetapi di I-Citi aku cuma dapat merasakan yang aku berada di dalam sebuah peti sejuk bersaiz gudang..well apa2 pun masih boleh dimaafkan kerana hiasan damannya dan kita boleh bermain permainan di dalamnya juga..

Setelah selesai kami bertolak terus ke rumah Kakak ipar aku serta bermalam di sana, Di hari kedua pula kami berempat mengunjungi Ikea, sudah lama teringin untuk ke situ kerana aku pernah mengunjungi 
Ikea sewaktu kecil2 dahulu dan ternyata banyak sudah berubah ketika ini. Disana aku sempat merasai meat ball dan salmon dengan kauh lemon,terlihat di papan menu ianya berasal dari Sweden. Boleh tahan juga rasanya, itu kami anggap sebagai makan tengah hari ala kebaratan puii, untuk melengkapkan kesempurnaan program ziarah kami ini kami telah melakukan singgahan ke rumah pakcik dan seperti biasa layanan kelas A++ dari cik Jun telah kami terima. Hajat terakhir juga kami sebenarnya ingin ke rumah c.Naha dan Pak Han tetapi keadaan tidak mengizinkan, terima kasih c Naha kerana menggorengkan kami buah pisang..(pisang goreng) hihihi..

Dengan itu  tamatlah jelajah ziarah kami ke K.L dan keesokan nya kami pulang ke Johor Bahru..syukur segala yang dirancang terlaksana dengan baik, semua menepati jadual dan tersusun.



Tengah menunggu tiket..
Dua anak lelaki

Sama2 kacak dan bergaya hihihi..



 Baby penguin

Handsome la budak tu.

Fahim makin orang kate jangan makin la dia buat..

Apa la yang dorang sukakan tu..

Melepak ke?? 

Sembang ape tu??

Umi and the boyz

Nampak tak penguin tu?

Semua orang ambil foto dia, hihihi budak comey mmg laa..

With my sweet lovely wife..

Comey bumbum...

Abg Ali banja kami semua..terima kasih 

Meat Ball Ikea..

Sesat lak dak nie...


Hidangan tengahari

kidz zania..


Tuesday 14 January 2014

WATER FALL


Pada cuti mingu yang lepas 11.01.14  kami sekeluarga telah makan angin, sama2 kami berendam di water fall kota tinggi..Saja bawa anak-anak makan angin, last kami ke sana 2 tahun lepas.. 


Memula bergambar di pintu masuk.. klu x bawak scr6 tu confirm tercabut pinggang dan tangan mendukung si gebu tu..hihihi

                                                 
 Huru-hara bawak si fahim ...takut pulak dia dengan bunyi air terjun yang menderu tu..mula2 sibuk nk ke situ..

 Wafi lak mula2 takut..lepas tu dia la yang terlebih..sampai tak mahu keluar..

 Pilih port yang paling mencabar.. nie agak2 kalau ada masalah tidak pandai berenang jangan cuba2 nak mandi kat tempat kami nie..korang berani??

Sampan nak karam lebih muatan..


  dah naik kecut si wafi...

 Keseluruhan kami semua enjoy sesangat...

PERMULAAN SEKOLAH

Tahun 2014 adalah tahun pertama persekolahan anak pertama aku Mohamad Fahim Syahmi Bin Mohd Haswandi, permulaan tu cuak la juga mengenangkan ragam dia nanti tapi syukur Allah perkenankan doa kami. Dia ke sekolah macam orang dah biasa sekolah. Tidak banyak masalah sangat baik untuk bangun pagi hinggalah ke pintu pagar sekolah dia bagi kerjasama yang sangat bagus..

 Mengantuk ke? abah pun mengantuk gak nie..yang funny masa 1st day nak ke school tu memang touching la, lebih2 lagi ony dia..siap berpeluk2 dengan ony n atuk dia sambil merah2 hidung, dah macam orang nak hantar g haji lak..hahaha

 Ony kata kalau esok orang tanya "Imam mana? Ala.. imam yang handsome2 tu" hihihi Ony ni macam2 je..

Ony kata Imam Muda Fahim..hihii semoga termakbul la kata2 Ony tu amin...