Friday 17 May 2013

GUNUNG PULAI


Pada 16 May 2013...sempat gak kami berempat bertrecking ke Gunung Pulai, semuanya tiada perancangan khusus berdasar dari cetusan idea kecil yang akhirnya membawa kepada perlaksanaan yang sebenar..wahh dengan tiada persiapan yang lengkap hanya sempat mencapai apa yang patut,kami meredah membawa sekali tanggungjawab dan amanah terpikul di lengan...apsal lak lengan bukan bahu ke?, tunggu la sat lagi k..

 Lebih kurang pukul 12.15 tgh kami memulakan langkah ke kawasan yang telah dipersetujui bersama bersama Mr MPV ,dengan meredah setiap liku2 jalan dan ancaman lopak dan selut chewah untuk menuju ke lokasinya iaitu Gunung Pulai 2 tapi malangnya tutup...puihh!!! alasan yang diberikan, "kami tutup kerana hujan dan angin kuat, air juga keroh takut terkena jangkitan kencing tikus nnt"..hemm aku dah tak tahu nak cakap apa jadinya blah je laa..

Tiba2 la pulak timbul cadangan lain untuk kami mencuba nasib ke lokasi lain dan akhirnya berjaya lokasi baru yang kami tujui itu tidak kurang juga bagusnya..so jadilah seperti apa yang aku paparkan ini... 



Inilah Gunung Pulai

Perh.. untuk kaum kerabat aku yang belum pernah sampai dan akan ke Cameron Highland korang boleh bayangkan ini...


Nampak tak ade orang kat celah2 tu..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



Jap zoom skit haa nampak kan?? Nie la amanah dan tanggungjawab yang kami pikul tu..


Tolong betulkan persepsi dan tanggapan anda, ini bukan keluarga kaum asli sila perhatikan betul2 mana ada kaum penduduk asli berbadan boyot??!! hahaha


Cantikan..Fuji sangat tidak menghampakan..


Keroh ke?? mana keroh standard ar lepas ujan tak dapat la nak crystal clear sangat pun..


Hihihihi Fahim sebut nak mandi air kawasan!! korang faham tak mandi air kawasan tu apa??


Emir bersungguh tul dia nak berdiri..arus kuat jadinya dia nak terhanyut je..tengok la aksi dorang nie..nak tolong si sorang si sorang lak terhanyut..


sekitar kawasan tempat kitorang mandi manda..


Pucat kan?? dah naik2 esok mandi air kawasan lagi..


P/s Dah tahukan amnah dan tanggungjawab yang kami pikul tu..bahu ok tapi lengan macam nak tercabut weih..bukan dekat nak mendukung tu, di tambah dengan laluan berliku dan berbatu bagai, si Zaki sampai kejang kejung kaki dia..kckckc..tapi keseluruhan kami semua puas hahahaha!!! 

Thursday 16 May 2013

Walimatulurus..

 Tahniah!! dan selamat pengantin baru kepada sahabat aku si Zahir Ismail dan pasangannya Safrina Warnis..semoga mahligai yang dibina berkekalan hendaknya..aminn..









Macam Sudin lak aku tengok si Zahir nie..wakakaka!!


Thursday 9 May 2013

ELECTION (PRU 13)

Kekecewaan terasa akibat kemenangan tidak berpihak kepada pakatan...hakikat kemenangan PR dinafikan oleh tangan2 ghaib yang berselindung di sebalik mandat kuasa yang diberikan kepada mereka..Hanya tuhan yang akan membalas usaha durjana mereka itu insyaallah..TAKBIR!!!!




SANTAI MANTAI

Tragedi nie berlaku pada 27 atau 28 hb april hihihi..aku dan pakcik Herman ( nick name sebenar terpaksa ditukar atas sebab2 commercial in malay komer'sial')...sebelum menonton wayang Iron Man 3 kami singgah di restoran Japanese utk makan mee ramen..Lame tak makan last pada 5 tahun lepas di restoran di Tmn Universiti...








WARDED..

Hai alls..semalam sebaik pulang dari kerja teringat nak buka diary, engah terbongkok-bongkok mencari  dan tiba2 terjumpa..haa!! sambil terus bangun..beng!! kepala terhantuk dengan kuat di bucu meja..rupa2nya baru tersedar yang aku ade blog..hihihi..bermimpi rupanya xpernah pun ade diary tu sume poyoo!!! adoi laa lame tak jengak ke sini xtahu la knp lately nie malas sangat nk berblog bagai..

oke..sebelum nie anak lelaki kedua saya yang paling bongsu telah dimasukkan ke wad selama 4 hari bermula pada 1 may hingga 4 may tu hari atas sebab2 kesihatan (mmg la takkan masuk wad pasai lulus SPM kot) doc kate dia kene infection pada paru2nya..Saya dan isteri sangatlah bersedih dan tak henti2 berdoa agar dia cepat sihat..badan gebu montok montel tomelnya sudah sedikit susut..alahai cayang kesian awak,tapi dia happy je..kami sume langsung tak bekerja malas nk pk dah pasai benda lain..Alhamdulillah dia dah kuar dan sihat, cuma batuknya masih belum sembuh lagi tapi semakin berkurangan..semoga cepat sembut ye cayang..

Kepada yang hadir melawat terima kasih diucapkan..