Wednesday 24 October 2012

IBADAH HAJI



Assalamualaikum..Hari ini bersamaan 9 zulhijjah 1433 H, yang mana bagi umat islam yang mengerjakan ibadah haji sedang melakukan wukuf di 'arafah, dan kita yang tidak malakukat ibadah haji sunat melakukan puasa sunat hari arafah, antara kebaikan yang saya tahu ialah diampunkan dosa setahun sebelum dan selepas. sabda rasullullah saw dan rasullullah saw ditanya tentang puasa hari 'arafah, maka baginda bersabda "ia menebus dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang" hadis riwayat imam muslim.

niat puasa ; sahaja aku berpuasa sunat hari 'arafah kerana allah ta'ala.

berkongsi sedikit, wukuf di arafah ialah termasuk dalam rukun haji selepas berihram (niat haji ) , sekiranya tidak sempurna maka haji ny dikira tidak sah.
wukuf ini ialah berkumpulnya semua jemaah haji dari segenap pelusuk ceruk dunia dan berkumpul di padang 'arafah, mereka akan berdiam diri bertafakur,berdoa bermunajat kepada allah, wukuf ini dilakukan cuma satu hari sahaja dalam waktu antara zuhur dan asar di siang hari..

ok kite berkongsi tentang rukun haji. rukun haji ada 6 dan sempat saya berikan sedikit pencerahan (cewahh ayat...)

1. Ialah berihram dan berniat untuk mengerjakan ibadah haji di miqat makani

2. Jatuh pada 9 zulhijjah wukuf di 'rafah iaitu berdiam diri dan bertafakur kepada allah taala

3. 10 zulhijjah tawaf ifadah mengelilingi kaabah sebanyak tujuh kali selepad melontar jamrah akabah

4. Ibadah sa'i ialah berlari-lari anak dari bukit shafa ke bukit marwah sebanyak tujuh kali selepas tawaf ifadah

5. Tahlul iaitu bercukur

6. Tertib bermaksud semua dilakukan mengikut turutan dan sempurna, tidak boleh tunggang langgang, terlebih atau terkurang, sekiranya berlaku maka hajinya dikira tidak sah.

Sekarang kita berkongsi tentang wajib haji dan sedikit pencerahan.

1.  Berihram dan berniat untuk mengerjakan ibadah haji di miqat makani

2. Mabit di mudhalifah (setelah siangnya beribadah di padang arafah maka untuk menuju ke mina kita akan bermalam dahulu di mudhalifah tetapi tidak berlama-lama sekadar cukup untuk persediaan mengumpul batu untuk melontar jamrah) pada 9 zulhijjah (perh.. ayat dia.. hihi)

3. Melontar jamrah aqobah sahaja pada 10 zulhijjah sebanyak tujuh butir batu kerikil bukan batu blok atau batu yang besar2 penumbuk cukup sekadar sebesar hujung kuku je.melontar dengan mengangkat tangan sambil melafazkan 'allahhu akhbar,allahhummaj'alhu hajjan mabruran wa zanban magfuran', pada setiap kerikil ke arah tiang umpama melempar syaitan.

4. Mabit di mina (ada yang ambil nafar awal cuma 2 hari sahaja bermalam di mina iaitu pada hari tasyrik 11,12 zulhijjah, bagi yang ambil nafar sani iaitu 3 hari bermalam di mina iaitu pada hari tasyrik 11,12,13 zulhijjah) untuk melontar jamrah aqobah,jamrah ula,jamrah wusta pengiraan jumlah batu ialah 
nafar awal =2 hari (11,12 zulhijjah)x 21 (7batu x 3 jamrah) + 7 batu (10 zulhijjah)= 49 batu 
untuk nafar akhir= 3 hari (11,12,13 zulhijjah)x 21 (7 batu x 3 jamrah)+ 7 batu (10 zulhijjah)=70 batu.

5. Tawaf wida' iaitu tawaf selamat tinggal untuk meninggalkan kota mekkah.

6. Menjaga ihram dengan tidak melanggar larangan ihram.

*mabit = bermalam
*nafar sani = nafar akhir








p/s harap2 ade la sedikit info dan pencerahan untuk kita sebagai tambahan ilmu dan pengetahuan..semoga ianya berguna.

No comments:

Post a Comment