Wednesday 10 October 2012

Al- Fatihah untuk allahyarham sahabat Mohd Faiz bin Agos.

Pada 10.10.1012 iaitu semalam adalah hari yang mana kita kehilangan seorang lagi rakan dan juga sahabat kepada saya serta sahabat2 saya di kampung, pemergiannya sesungguhnya amat memeranjatkan kami. Pada hayatnya Allahyarham seorang yang mewah dengan senyuman, kaya dengan jenaka bersahajanya sehinggakan sesiapa sahaja yang baru mengenali beliau akan merasakan seperti sudah kenal lama. Sifat cerianya itu membuatkan kita senang dengannya.

Untuk keluarga,isteri dan anak2 serta sahabat2 allahyarham yang lainnya (sahabat saya juga)   supaya bersabar dengan pemergian ini, semoga roh nya dicucuri rahmat dan mendapat syafaat darinya aminn..


Saat indah itu
Akankah kembali?
Berbagi suka
Saling menghapus duka
Kini semua hanya kenangan
Begitu indah untuk dilupakan

Jenaka menjengah keriangan kami
Kami bakal merindu mu kawan
Amat sangat merindukanmu
Riang Tawamu
Mesra senyummu
Gelak jenakamu

Hanya Doa yang bisa kami lantunkan
Sebagai peneman istirahatmu
Walau kau telah hembusakan nafas terakhir
Tak pernah hilang dirimu dari hati kami
Tak pernah berakhir kisah ini
kisah indah persahabatan
Kami dan Dirimu


Copy image from ayzaukashah

5 comments:

  1. Replies
    1. fb is not required, utk ape fb klu foto aku leh copy je dri ko..setidak2ny aku dpt singgah blog ko tu yg ssh nk tgk..kuikuikui

      Delete
  2. yes bk wat entry ttg fb lak r..tp bile ek??

    ReplyDelete