So bila imbas2 semula moment lepas baru teringat ade story yang aku nak share sama, final piala malaysia 2014 antara JDT vs Pahang. Sangat mengujakan bila mana aku dan isteri dapat sama2 menyaksikan perlawanan akhir secara live di stadium Bukit Jalil.
Seperti biasa aku sudah dapat mengagak pelbagai perkara yang bakal berlaku antaranya kesesakan, rempuhan, himpitan serta terpaksa menunggu lama di bawah terik. Ini berdasarkan pengalaman terdahulu. Isteri sudah aku peringatkan tentang hal2 tersebut supaya dia bersedia dari segi mental dan fizikal.
Tiket perlawanan aku sudah suruh runner carikan iaitu pakcik aku. Dia mark up boleh tahan juga puii, aku peratikan je,tapi tak pe la janji sama2 enjoy aku tiada masalah kerana wife aku ikut sama.. so kami bertolak seramai 5 orang iaitu aku dan isteri serta pakcik aku si zaki dan isteri dan anak ny.
Alhamdulillah kami selamat sampai dan pulang dengan selamat walaupun sedikit masalah kesesakan dan berhimpit2 tapi itu adalah sebahagian dari keseronokkan, selain itu aku dpat meluangkan masa bersama berdua dengan isteri tercinta tanpa anak2..
Soalan..anak ko sape jaga?? Anak kami kami dh serahkan kepada orang lain untuk menjaganya so payment kasi lebey la huhuhu..overall kami enjoy walau pun JDT tewas..mat yoo puii
Bersama ulat tiket
Kami2
Bersama bos ulat tiket