Monday 23 March 2015

SUAMI KU EN SOTONG..PUIII!!

Tajuk kali ni dah macam ha..m kan?? Aku tak faham dengan dunia pernyiaran sekarang nie dan lebih tak faham dengan cara penulisan para novalis atau penulis skrip zaman sekarang. Sekarang ini idea atau ilham untuk penghasilan novel atau skrip drama mungkin dari proses penyembahan kubur kot..bayangkan bole ke seorang itu berimaginasi perkara yang sangat bertentangan dalam agama apatah lagi agama islam.

Dengan menyelitkan sedikit unsur2 agama bukan bermakna semua itu dapat kite telan dan hadam mentah2. Tapi apakan daya apa sahaja yang dihidangkan di hadapan mata yang kita tahu telan saja bulat2 tanpa dapat menilai atau menimbang tarakan akanya.

Dalam adegan drama ini bolehkan seseorang perempuan yang berstatus isteri menjalinkan hubungan dengan lelaki lain?? Ok di sini mungkin agak klise bagi drama melayu sekarang yang mana watak iseri atau suami main kayu tiga...ok fine itu cerita masyarakat..

Kita mungkin selalu lihat cerita penggali kubur yang mana ada juga babak2 suami atau isteri yang berselingkuh yang mana di penghujung cerita akan ada pembalasan nya.

Tapi yang ini pada aku memang agak melampaui batas bukan hanya untuk menjadikan cerita itu sebagai contoh teladan atau sebagai pengajaran tetapi bagi watak atau babak dalam SKES ini,watak adegan itu dikembangkan lagi seperti mahu ianya dijadikan satu trend masa sekarang.

Sepertinya perkara2 yang dipaparkan itu biasa2 sahaja tidak perlu diambil berat sangat, setakat isteri ada lelaki lain sehingga terlanjur,si suami pula ada pasangan lain itu telah dipaparkan seperti perkara biasa yang mana si suami seperti tidak endah malahan memberikan sokongan moral pula kepada isterinya yang mempunyai masalah dalam perhubungan dengan teman lelakinya.

Belum lagi babak si suami cuma melihat isterinya dipeluk oleh teman lelaki sambil memangku anak hasil hubungan sumbang mereka berdua eih gila la cerita ni. Setiap babak dimainkan secara halus dan lembut tanpa kite rasa terkejut.

Syukur la episod bodo sudah pun tamat...

Mungkin penonton sekarang ini lebih terbuka...aku pun tak faham dengan masyarakat masa sekarang atau mungkin juga aku yang terlalu jumud barangkali..






Sunday 1 March 2015

TASIK BIRU

Assalamualaikum alls...

Tadi bersamaan 01.03.2015 ditakdirkan kawan baik aku minta tolong buat edaran percuma naskah surat khabar di Bukit layang2 sempena pesta layang2 antarabangsa kali ke.....entah lantak la kali keberapa pun.

Selesai tugasan kami berpakat memandangkan masing2 tiada punya apa2 xtvt rasanya masa yang ada kami nak menyinggah ke pasaraya mydin di Seri Alam. Alang2 sampai ke sana aku teringat akan loksi Tasik Biru yang diperkatakan orang ramai. Baik dari mulut kemulut atau melalui media sosial.

Operasi mencari lokasi pun dimulakan, dari satu simpang ke satu simpang kami lalui dan akhirnya lokasi dijumpai. Keadaan lokasi agak suram. Terpaksa menempuh lorong2 tikus mendaki bukit dan meredah lereng2 bukit. Nasib baik kami kerap juga bersukan jadinya masalah fitness bukan halangan hihihi..

Sampai di puncak aku sangat terkejut, terpaku, terpesona. Masyaallah memang pemandangan yang sangat2 indah..kebiruan airnya sangat memukau mata, biasanya pemandangan sebegitu hanya dapat dilihat di dalam tv dan hanya ada di luar negara tetapi kali ini ada di depan mata.

Ingin di ingatkan bahawa kawasan itu sangatlah merbahaya kepada pelawat, umpama kita berada di atas bumbung bangunan tanpa pagar,keadaan tebingnya yang tinggi setinggi rumah pangsa 15 tingkat dan diingatkan ini bukan kawasan rekriasi umum.

Sebenarnya kawasan Tasik Biru ini sudah lama ada ini dari cerita orang2 sekitar, pernah ketika kemarau yang terjadi lama dahulu penduduk sekitar mendapatkan air dari Tasik Biru itu sebagai sumber bekalan air. Tetapi ketika itu jalan masih lagi belum ada jadinya mereka terpaksa meredah hutan.

Cerita panjang2 takkan tiada ole2 gambarnya iakan...


Gambaq selfie cam puii!!

Kebetulan Tasik Biru baju pun biru.. aiceh!!



Saturday 28 February 2015

GARDEN BAY THE BAY

Assalamulaikum dan salam muhibbah semua, pertamanya syukur saya pada Allah SWT atas kurniaan kesihatan, kelapangan masa, dan kemurahan rezekinya..

27 February lepas aku dan adik lelaki telah bersiar di garden belakang tempat kerja kami..kami simple je makan angin pun cuma jalan2 kat taman je bukan apa malas la nak membazir pergi jalan jauh2. Hihihi..

Hairan ke kalau jalan2 dengan adik lelaki kat taman?? So nak kami kongsikan gambar?? Nak letew..


















Monday 8 December 2014

MENANTI HARI BARU.

Assalamulaikum. .kebelakangan ini adalah menjadi satu tabiat baru aku untuk melihat kalendar,menantikan hari baru yang bakal menjelang tiba.

Perasaan bercampur baur antara suka dan hiba. Tapi apa pun harinya akan pasti datang, kena juga tempuh walaupun antara suka dengan tidak.

Semoga hari baru nanti akan lebih baik dari sebelumnya, hari sebelumnya akan kekal indah menjadi satu kenangan.

Terima kasih kepada kedua orang tua yang memberikan sokongan, kepada isteri yang selalu memberikan dokongan dan dorongan semangat yang tidak pernah jemu serta banyak memberikan bantuan dalam segala perkara. Sesungguhnya allah sahaja yang membalas segala usaha baik kalian amin..

Kalau difikir2kan semula tak terlintas untuk mengambil langkah sedrastik ini tapi ketentuan allah siapa boleh menduga..

Allah humma ana...

P/s Jaga iman jangan tinggal solat...




Tuesday 18 November 2014

FINAL PIALA MALAYSIA JDT vs PAHANG 1 NOV 2014

Assalamualaikum semua..hai bat gapo tu..dah male ni..tak tido lagi?.. gapo nok tunggu kawe up date blog?? Hahaha..lama kan tak up date, sekarang nie memang dlam mood malas nak buat ape benda pun, tetiba nie la baru ada rasa nak menaip walaupun idea atau perkara apa yang aku nak ceritakan tu takda langsung..

So bila imbas2 semula moment lepas baru teringat ade story yang aku nak share sama, final piala malaysia 2014 antara JDT vs Pahang. Sangat mengujakan bila mana aku dan isteri dapat sama2 menyaksikan perlawanan akhir secara live di stadium Bukit Jalil.

Seperti biasa aku sudah dapat mengagak pelbagai perkara yang bakal berlaku antaranya kesesakan, rempuhan, himpitan serta terpaksa menunggu lama di bawah terik. Ini berdasarkan pengalaman terdahulu. Isteri sudah aku peringatkan tentang hal2 tersebut supaya dia bersedia dari segi mental dan fizikal.

Tiket perlawanan aku sudah suruh runner carikan iaitu pakcik aku. Dia mark up boleh tahan juga puii, aku peratikan je,tapi tak pe la janji sama2 enjoy aku tiada masalah kerana wife aku ikut sama.. so kami bertolak seramai 5 orang iaitu aku dan isteri serta pakcik aku si zaki dan isteri dan anak ny.

Alhamdulillah  kami selamat sampai dan pulang dengan selamat walaupun sedikit masalah kesesakan dan berhimpit2 tapi itu adalah sebahagian dari keseronokkan, selain itu aku dpat meluangkan masa bersama berdua dengan isteri tercinta tanpa anak2..

Soalan..anak ko sape jaga?? Anak kami kami dh serahkan kepada orang lain untuk menjaganya so payment kasi lebey la huhuhu..overall kami enjoy walau pun JDT tewas..mat yoo puii
Bersama ulat tiket

Kami2

Bersama bos ulat tiket


Tuesday 16 September 2014

MAJLIS AKIKAH CHEMPAKA


Dengan berbesar hati telah kami sempurnakan akikah buat anak bungsu kami ini kebetulan bersaing dengan anak kepada adik lelaki aku maka kami mengambil keputusan untuk mengadakan bersama. Dengan ini majlis cukur rambut juga telah kami sempurnakan dengan menjemput sakalian sanak saudara serta jiran tetanggan selain itu keutamaan ialah kepada kariah surau perumahan kami dan jutaan terima kasih kami sekeluarga atas kesudian tuan dan puan untuk hadir menyempurnakan majlis itu..


Proses tangkapan sebelum disembelih


Kambing yg perlu dipilih..


Ajak Fahim dan Wafi tengok org sembelih kambing..

AHLI BARU KELUARGA KAMI


Tanggal 06 Julai 2014 telah lahirlah anak ketiga kami, dengan syukur yang tidak terhingga kehadrat Allah swt yang mengurniakan cahaya mata perempuan keluarga kami dan telah kami berikan nama Chempaka Arianna Moha Haswandi.
Semoga dengan kelahiranya akan memeriahkan lagi ahli keluarga kami serta semoga rahmat allah akan sentiasa bersamanya dan kami juga.



Fresh lagi masa ni..betul2 baru keluar..