Tuesday 21 January 2014

ZIARAH 2014

Assalamualaikum..haii all selamat kembali semula saya dan keluarga ke rumah kami setelah menempuh tiga hari yang penuh dengan berbagai aktiviti bermula pada 17 - 19 Jan 2014. Syukur segala yang direncanakan mendapat perkenan dari Allah SWT.. Kami sekeluarga telah ke K.L atas tujuan ziarah saudara kami iaitu biras aku Abg Ali & Isterinya (kakak ipar aku) iaitu Pn Azizah. Setelah hampir 3 tahun berpindah dari Kulai Johor ke Bandar Baru Bangi ini kami masih belum berkesempatan menziarahi mereka, sebelum ini ketika kakak ipar aku masih di Kulai kami rajin sesangat bertandang ke rumah mereka. Terima Kasih kepada kedua mereka yang sudi menerima kami sebagai tetamu rumah mereka dan terima kasih atas layanan yang baik.Inyasallah kalau ada kelapangan kami ingin kesana semula, 

Keduanya alang-alang kami kesana sempat jugalah kami menyinggah ke tempat2 yang sebelum ini telah kami fikirkan. Pertama kami ke I-City selangor di seksen 7 Shah Alam. Kebetulan masa juga mengizinkan aku dan isteri untuk kesana, kami sangat gembira bila melihat anak2 kami tersangat gembira. Pertama kali ke sana aku mengharapkan yang tempat ini lebih bagus dari The Mines Wonderland atau sekurang-kurangnya sebagusnya. Tetapi jangkaan aku meleset sama sekali kerana ternyata setelah hampir 12tahun lalu aku rasakan The Mines Wonderlang yang pernah aku kunjungi sewaktu zaman kanak2 itu lebih canggih keadaannya. Ini kerana di The Mines ketika itu aku boleh dapat rasakan keadaan salji sebenar yang turun dari atas dan terjatuh atas kepala lalu mencair di atas kepala tetapi di I-Citi aku cuma dapat merasakan yang aku berada di dalam sebuah peti sejuk bersaiz gudang..well apa2 pun masih boleh dimaafkan kerana hiasan damannya dan kita boleh bermain permainan di dalamnya juga..

Setelah selesai kami bertolak terus ke rumah Kakak ipar aku serta bermalam di sana, Di hari kedua pula kami berempat mengunjungi Ikea, sudah lama teringin untuk ke situ kerana aku pernah mengunjungi 
Ikea sewaktu kecil2 dahulu dan ternyata banyak sudah berubah ketika ini. Disana aku sempat merasai meat ball dan salmon dengan kauh lemon,terlihat di papan menu ianya berasal dari Sweden. Boleh tahan juga rasanya, itu kami anggap sebagai makan tengah hari ala kebaratan puii, untuk melengkapkan kesempurnaan program ziarah kami ini kami telah melakukan singgahan ke rumah pakcik dan seperti biasa layanan kelas A++ dari cik Jun telah kami terima. Hajat terakhir juga kami sebenarnya ingin ke rumah c.Naha dan Pak Han tetapi keadaan tidak mengizinkan, terima kasih c Naha kerana menggorengkan kami buah pisang..(pisang goreng) hihihi..

Dengan itu  tamatlah jelajah ziarah kami ke K.L dan keesokan nya kami pulang ke Johor Bahru..syukur segala yang dirancang terlaksana dengan baik, semua menepati jadual dan tersusun.



Tengah menunggu tiket..
Dua anak lelaki

Sama2 kacak dan bergaya hihihi..



 Baby penguin

Handsome la budak tu.

Fahim makin orang kate jangan makin la dia buat..

Apa la yang dorang sukakan tu..

Melepak ke?? 

Sembang ape tu??

Umi and the boyz

Nampak tak penguin tu?

Semua orang ambil foto dia, hihihi budak comey mmg laa..

With my sweet lovely wife..

Comey bumbum...

Abg Ali banja kami semua..terima kasih 

Meat Ball Ikea..

Sesat lak dak nie...


Hidangan tengahari

kidz zania..


Tuesday 14 January 2014

WATER FALL


Pada cuti mingu yang lepas 11.01.14  kami sekeluarga telah makan angin, sama2 kami berendam di water fall kota tinggi..Saja bawa anak-anak makan angin, last kami ke sana 2 tahun lepas.. 


Memula bergambar di pintu masuk.. klu x bawak scr6 tu confirm tercabut pinggang dan tangan mendukung si gebu tu..hihihi

                                                 
 Huru-hara bawak si fahim ...takut pulak dia dengan bunyi air terjun yang menderu tu..mula2 sibuk nk ke situ..

 Wafi lak mula2 takut..lepas tu dia la yang terlebih..sampai tak mahu keluar..

 Pilih port yang paling mencabar.. nie agak2 kalau ada masalah tidak pandai berenang jangan cuba2 nak mandi kat tempat kami nie..korang berani??

Sampan nak karam lebih muatan..


  dah naik kecut si wafi...

 Keseluruhan kami semua enjoy sesangat...

PERMULAAN SEKOLAH

Tahun 2014 adalah tahun pertama persekolahan anak pertama aku Mohamad Fahim Syahmi Bin Mohd Haswandi, permulaan tu cuak la juga mengenangkan ragam dia nanti tapi syukur Allah perkenankan doa kami. Dia ke sekolah macam orang dah biasa sekolah. Tidak banyak masalah sangat baik untuk bangun pagi hinggalah ke pintu pagar sekolah dia bagi kerjasama yang sangat bagus..

 Mengantuk ke? abah pun mengantuk gak nie..yang funny masa 1st day nak ke school tu memang touching la, lebih2 lagi ony dia..siap berpeluk2 dengan ony n atuk dia sambil merah2 hidung, dah macam orang nak hantar g haji lak..hahaha

 Ony kata kalau esok orang tanya "Imam mana? Ala.. imam yang handsome2 tu" hihihi Ony ni macam2 je..

Ony kata Imam Muda Fahim..hihii semoga termakbul la kata2 Ony tu amin...

KENANGAN bulan 12.2013

Kenangan 12.2013 kami iaitu kerabat keluarga sayuti telah mengadakan parti ulang tahun kelahiran secara pukal untuk setiap ahli keluarga yang lahir pada bulan december serta pakej termasuk juga yang menyambut anniversary pada bulan yang sama..hihihi

Terima kasih untuk kek yang cantik ini 

  The December Man

Berebut potong kek..kan kek tu ada dua kenapa la nak berebut?



PS: Tak sempat nak publish tahun lepas so bawak la ketahun ni..

SELAMAT TAHUN BARU 2014

Assalamualaikum kepada semua. Selamat Tahun Baru 2014 syukur kita kepada illahi atas limpah kurnia usia dan kenikmatan kesihatan dan kemakmuran selama ini kepada kita. Bukan hendak bercerita tantang azam kerana azam tahun lepas masih belum tertunai lagi jadi terpaksa ianya di bawa ketahun ini.

Seiring peningkatan usia yang kita lalui diharap cara kehidupan dan pergaulan serta pemikiran kita seiring dengan tahap peningkatan usia. Setingkat kematangan dalam menempuh setahun pengalaman lepas adalah untuk dijadikan panduan bagi menempuh setiap saat waktu yang bakal mendatang. Jangan kita lalai dalam setiap perubahan yang berlaku di sekeliling kita.

Dalam peningkatan usia ini tumpuan ibadah handaklah lebih dihayati, khusyuk dan sentiasa mengingati illahi, ibadah yang ada dipertingkatkan, yang kurang dilengkapkan, yang cetek diperdalamkan, yang lebih diperbanyakkan lagi. Jangan pisahkan ibadah dengan aktiviti harian kita supaya ianya menjadi kebiasaan agar kita tidak lupa tujuan sebenar hidup kita ialah untuk  mengabdikan diri kepada Allah swt.

Berbagai kisah suka duka yang kita lalui sepanjang tahun 2013 lepas, ada yang sempat dan tidak untuk di catatkan dan dirakamkan di dalam blog ini, memandangkan segala kenangan pahit manis itu hanya sejarah maka yang penting apa yang bakal mendatang ini kita tempuhi dengan hati yang terbuka dan tenang serta bertawakal selalu..

Selamat Tahun Baru, Jaga Iman dan Jangan Tinggal Solat..