Sunday 7 October 2012

Amalan sebelum belanjawan...


Assalamualaikum, hai hihihi, aku malas sebenarnya nak hapdet blog, tapi atas dasar desakan dari kalangan pembaca dari kalangan kawan-kawan aku turutkan jugak laa (ade gak 2,3 orang weih), semalam baru pulang dari key el memenuhi undangan dari adik n adik ipar atas kenduri kesyukuran kelahiran baby gurl pertama mereka tahniah Rae & Mal semoga Allah merahmati kehadiran Qis sebagai ahli baru keluarga kita dan diberikan kesempurnaan hidup yang baik amin..

Kengkadang aku rasa kagum dengan kehidupan sesetengah keluarga yang aku kenali ini, mereka hidup dalam keadaan yang sangat santai dan tenang, yang mana si bapa bekerja manakala si isteri cuma suri rumah sepenuh masa dan mereka mempunyai 3 orang anak yang sedang membesar. Mereka2 ini sangat aku kagumi kerana aku jarang mendengar sebarang masalah terutama dari segi kewangan, sama seperti keluarga lainya mereka juga memiliki kereta,motor dan mendiami rumah sendiri.

Mereka masih juga mampu untuk menyediakan perkakas keperluan lainnya, menjelang raya si anak tetap juga berbaju baru,si isteri juga tidak kalah dalam berpakaian dan si bapa juga tetap segak seperti sepatutnya menyambut raya. Ia aku sangat kagum, baru2 ini si bapa ada bertanyakan kepada ku tentang ingin membeli kereta baru dan aku sangat merasakan yang keluarga ini sememangnya sangat hebat.

Menjelang cuti sekolah atau pun cuti umum mereka masih mampu membawa anak2 mereka berjalan, tatap juga sperti keluarga2 yang lainnya. tidak pula anak2 mereka ketinggalan dari anak2 yang lainnya, tidak pula kekok menggunakan komputer atau gadget terkini.

Kengkadang mahu saja aku bertanyakan bagaimana mereka menguruskan perbelanjaan dan kewangan keluarga mereka tapi ish.. rase pelik la juga silap hb aku dikira memandang rendah kepada mereka nanti. Sebenarnya kesemua mereka yang aku kenal sungguh ceria dan bahagia kehidupan mereka. Mungkin banyak yang aku terlepas pandang akan mereka ini, demi mencari tips atau rahsia kehidupan mereka aku melakukan pemerhatian sendiri tentang corak serta amalan kehidupan mereka, akhirnya aku mendapat jawapannya..

Pertamanya mereka ini yang aku lihat  sangat ikhlas dalam kerja mereka, tidak pernah merungut tentang pekerjaan dan kesulitan pekerjaan mereka, setiap cabaran dalam pekerjaan mereka dihadapi dengan bersenang diri. Walhal mereka ini bukannya penjawat jawatan pegawai,cuma pemandu lori dan setarafnya..

Keduanya mereka ini tidak terikut-ikut dengan cara kihidupan orang lain serta terpengaruh dengan segala material terkini baik berfesyen atau perkakas teknologi terkini, mereka hanya memiliki yang sekadarnya, seperti hp mereka hanya memiliki hp yang mempunyai fungsi asas sahaja, begitu juga pakaian, baju mereka dibeli di pasaraya biasa yang mana harganya jauh lebih murah tetapi masih tetap bergaya.

Ketiganya sangat berjimat untuk perkara2 yang sepatutnya, seorang dari mereka ini akan pulang ke rumah untuk makan tengah hari, manakala mereka yang lain membawa bekalan dari rumah, dan ada juga yang mengambil sarapan yang berat dirumah agar mereka tidak perlu untuk membeli makanan tengah hari lagi. Sebab itu kesihatan mereka sangat baik sekali dan mereka juga masih bersamaku bermain badminton dan bola sepak seminggu sekali malahan mereka masih tangkas dan ada yang lebih dari aku.

Keempatnya didikan agama yang sangat baik juga menjadikan anak2 mereka semulajadinya memahami cara kehidupan keluarganya, mereka tidak meminta sesuatu yang dia tahu bapanya tidak mampu ataupun tidak perlu dan cara hidup anak2 mereka juga sangat tertib, si bapa sanggup bersusah payah menghantar dan menjemput semua anak2 mereka disekolah, kebaikannya kita tahu aktiviti,kemana anak kita pergi dan dengan siapa mereka  berkawan.

Kelima sangat cermat dengan barang milik mereka, mereka yang aku kenali ini kebanyakan hanya menaiki kereta iswara dan wira yang semestinya sudah habis hutang, tetapi kereta mereka sangat cantik, kemas dan sentiasa bersih berkilat tidak segan sekiranya dibawa kemana2 serta kondisinya juga sangat cemerlang.

 

Berkat dari si isteri suri sepenuh masa dapat mendidik anak2 mereka dengan lebih baik, jadinya didikan itu tidak hanya di sekolah malahan disambung pula dirumah malah dengan disulamkan pula dengan kasih sayang orang tua, seperti yang kita ketahu didikan bermula di rumah. Kalau dilihat kesemua diatas ini adalah penyumbang kepada penjimatan perbelanjaan yang sangat ketara.

Kadang2 aku terfikir mampukah aku seperti mereka? mungkin cara aku dan mereka berbeza, isteri2 sekarang memiliki kelulusan yang baik dan rugi sekiranya kelulusan mereka itu tidak digunakan, biarlah mereka bekerja skurang2nya ibu bapa mereka tidak terasa segan untuk menerima duit dari anak mereka sendiri.

Keluarga aku sudah mula mengamalkan kehidupan santai dan tenang seperti itu cuma cara kami barlainan, aku akan beli sesuatu itu sekiranya mampu atau dengan hasil mengumpul kalau tidak diam2. Aku dan isteri saling mengingatkan tentang keperluan sesuatu itu agar pembelian tidak menjadi pembaziran. Kalau ikutkan kemampuan aku dan isteri sebenarnya kami terlebih mampu walaupun tidak kaya, tapi ini adalah tuntutan sebenarnya mungkin dengan ini kami boleh menyimpan dengan lebih lagi untuk membeli aset2 lain yang semakin meningkat harganya terutama hartanah ataupun sekurang2nya persediaan untuk masa hadapan.



Mungkin itu sahaja tips atau rahsia mereka yang dapat aku korek melalu pemerhatian, kesimpulannya allah sudah mengawal nafsu mereka dari terbawa2 dengan corak kehidupan sekarang yang mana kita berlumba2 cuba memiliki material yang terkini walhal keperluan itu tidak ada, serta sifat tanggungjawab yang tinggi dan amalan agama yang baik adalah asas kepada perkara ini.

No comments:

Post a Comment