Sunday 13 July 2014

SELAMAT BERPUASA RAMADHAN 1435H

Bertemu lagi pada ramadhan yang mulia ini, harapan kita ialah mencari sebaik-baik dan mengumpul sebanyak yang mampu keredhaan dan keberkatan ilahi. Pada ramadahan kali ini ianya disambut dengan sedikit kelainan, mungkin kerana ramadhan di kediaman baru dan suasana kejiranan yang baru sesungguhnya ia amat memberikan keseronokan berbeza buat kami.

Sangat berbeza di sini dikelilingi jiran yang sangat baik, meriah ,dan murah hati, seperti mana juga dengan kejiranan lama. Kediaman baru kami sangat berdekatan dengan surau yang sentiasa meriah dengan aktiviti agama dibuktikan dengan setiap minggu diisi dengan kelas tazkirah, kelas al quran, ceramah agama dan sebagainya. Belum termasuk sambutan2 majlis seperti maulid nabi dan qurban. 

Suasana di sini pula sangat tenang dan agak senyap dibandingkan dengan kediaman lama kami dahulu, kalau di kediaman lama ianya terletak betul2 bersebelahan jalan raya besar dengan hiruk pikuk bunyi kenderaan dan asap serta habuk, manaka di kediaman baru ini pula suasanya senyap dan jauh dari jalan besar serta lokasi di atas bukit membuatkan pemandangan malam menjadi begitu indah sekali. 

Ramadhan pertama dan mungkin syawal pertama akan disambut di Lurah 9 tetapi kerinduan dan kenangan di Denai Utama tetap terpahat dalam hati..