Wednesday 28 November 2012

LAGI SATU HARI..


HUWAAA....!! kenapa minggu nie rase macam panjang je ek? adoi yai..kan best kalau bangun2 tido je dah hari jumaat..hihihi weih dalam sibuk menghitung hari nie barang2 aku tak beli lagi, weih korang nak ape? ohh ye aku ada buat janji nak sponsor kaki ayam kn?...hahaha ok2 lepas nie g smart aku usha kaki ayam kat sana sempoi punya...

Kereta dah sebis semua aku tukaq biaq kasi lanciaq, korang nak tahu tak Malaysia vs indon jatuh pada hari sabtu, aku dah berhajat nak tengok kali nie, rerase caner ek nak deal leh tak cabut sekejap g bukit jalil? agak2 wife aku ok tak?? aku dah siap beli lighter dengan flag indon nie just untuk main bakar2 je kasi happy2 kat stadium nanti.. huhuhu..

Harap2 la kat resort sane tu ade big screen... kalau tak memang kene cari mamak la jawabnya..malaysia walaupun korang main macam paing janji menang sudah... aku letak Malaysia 3 vs indon 1..huhuhuhu..


VS







Monday 26 November 2012

TAK SABO TUL..


Aku dah takde hati sebenarnya nak g kerja minggu nie, hemm tapi kerja awal2 lagi aku dah settle dah, hati dah takde kat office, bangun pagi dah takde mood nak g kerja, puncanya D-day hari yang sangat aku tunggu2 mengalahkan menunggu nak menyambut hari raya gamaknya..aku lebih teringatkan banana boat dari fail aku, lebih lagi teringatkan BBQ dari PC, lebih teringatkan pool dari melepak dengan dak2, pendek kata fikiran aku dikuasai oleh D-day..

Hari nie nak g servis tunggangan aku dulu, pastikan semuanya mantop dan lancar, semalam wife aku dah buat marking kat bumper depan hihihi takpe I lebih sayang U dari sayangkan bumper depan tu.. ( agak2 ayat kat mulut sama tak dengan ayat kat hati? terhiris kalbu aku tengok bumper tu). eh dengar2 aktiviti karaoke pun ada fiuyoo.. lame tak melalak nie, makcik aku isteri kepada pakcik aku si zaki tu seorang guru vokal kat ADTEC menggunakan teknik vokal dari hidung katanya ,pernah johan nyanyian antara sedara2 terdekat, vokal dia kena sangat dengan lagu itik gembo2 tu wakakaka..

D-day yang aku nak cerita nie ialah family day kaum kerabat kitorang, semua terlibat dari atok, nenek, mak, ayah, pakcik,makcik, adik-beradik aku..yess meriah sangat nie..aku nak naik banana boat tu berkali2 dan nak pastikan takda siapa yang terlepas dari ikut serta, semua orang kena terlibat sama, peringatan kepada semua keselamatan diri, keluarga dan harta benda di utamakan, jangan suka terlebih sampai lupa semuanya..

Casa Rachado









p/s nanti aku hapdet pic yang aku ade sekali kat situ ek..hihihi



Thursday 22 November 2012

FB

Hii all...kabare, sekarang baru nak hapdet, malas sebenarnya, tapi merajinkan diri sikit dalam waktu yang tehad, aku akan senaraikan sedikit statment dari orang2 yang berfikiran terhad. Aku kasihan akan mereka ini tapi nak buat camno itu kehidupan mereka lantak pi laa..

1. Susah la ko takde fb ko lambat dapat info.
2. Alamak dia nie sorang memang susah nak contact pasai takde fb
3. Tu la orang lain boleh keep in touch pasai ade fb ko je susah nak contact.
4. Aku susah la nak jemput ko pasai ko takde fb,dak2 lain aku jemput tru fb je.
5. Yang paling paing "ko nie bute it laa"..
6. Tu la takde fb.

jawapan aku senang je.

1. Penting sangat ke info korang yang aku kene tahu? tak de kerja aku nak tahu hal korang.
2. Lor kenapa nak contact aku?
3. Ade fb baru leh keep in touch ek? sedih la aku
4. Takyah jemput..
5. Biar bute it jangan bute hati..
6. Takpe face to face lagi baik.

Korang nie siapa sebelum ade fb nie? fb nie mengangkat martabat korang ke? aku yang takde fb kenapa korang yang melalak melolong? aku yang tak faham atau korang yang taknak faham? buah epal sebenarnya tidak semua orang suka,jadinya sila hormati pendirian orang lain, ada yang mampu aku elakkan dari berjuta perkara yang aku patut elakkan so aku cuba elakkan, sekurang-kurangnya aku mencuba apa yang aku mampu.

Yes aku dan wife sepakat kami menolak fb semampu mungkin dan kami tidak mengaplikasikan fb dalam kehidupan seharian kami, kepada rakan2 aku dan wife yang berjauhan tu kalau nak mengetahui perkembangan kami sekeluarga lawatilah blog kami ini.


p/s Hidup ini memang mudah tapi tidak semudah seperti yang kita sangkakan..