Tuesday 29 January 2013

Tablet si kecil

baru2 ini aku telah membeli sebuah tablet untuk kegunaan kami,sebenarnya bukanlah keperluan sangat pun cuma sekadar untuk ngada2 lagi pun untuk kegunaan anak kami,terpaksa juga kami sediakan untuk dia,ditambah mereka2 yang sebaya turut juga memiliki hihi (bole gitu?) lagi pun yg murah2 sudah...xmampu nak beli yang berjenama chewah...entri poyo lak kali nie heheh...korang nk tengok pic gak ke? xyak r malu lak nak nunjuk2 wakakak!!!!!

Tuesday 22 January 2013

New Home

Hii..nak up date apa ek..hemm haa!! ok2.. orang tua aku baru2 ini telah membuat satu lagi pelaburan besar, membeli sebidang tanah yang bakal di jadikan kediaman rasmi keluarga kami,tahniah kepada kedua orang tua ku, pembelian tanah di sekitar kediaman kawasan elit cewah lebih2 lak..(kawasan kediaman kejiranan melayu) amat berbaloi dengan harga yang ditawarkan, sebidang tahan beserta sebuah rumah.

Kerja2 pengubahsuaian pada mulanya berskala kecil tiba2 menjadi besar2an telah dilakukan, apa2 pun aku menyokong segala usaha dan keputusan orang tua ku..Kerja2 pengubahsuaian masih lagi di jalankan, pelan2 kayuh orang kata..hihihi

ada sedikit gambiran..enjoy yoshhh...







macam semacam je ayat assalamualaikum tu ek?!!


p/s tahniah kepada kedua orang tua ku tersayang...

Tuesday 15 January 2013

Pendidikan anak-anak cara Rasulallah SAW

Banyak artikel tentang pendidikan anak2 yang aku telah baca baik bersumberkan dari pandangan sekular atau pun dari sudut pandangan islam, kedua-duanya banyak memberikan input yang berguna tentang cara bagaimana untuk mendidik anak-anak kita dalam kehidupan selama mana mereka dalam proses pembesaran.

Kalau kita membaca buku2 atau artikel tentang cara didikan bersumberkan ideologi barat mereka lebih menumpukan cara psikologi yang kadangkala ada di antara cara itu kita tidak boleh jadikan ianya sebagai rujukan atau tidak boleh dipraktikkan kerana tidak bersesuaian dengan cara kita yang beragama islam. sebagai contoh mereka mengatakan "jangan sebut jangan pada anak", ini sangat bertentangan dengan cara yang dianjurkan islam yang mana sekiranya benar mesti ditegakkan dan yang salah mesti ditegah, cara barat mereka tidak mengatakan "jangan" sebalik menggunakan "belum masanya lagi" atau "menetapkan bila waktunya kamu boleh buat begitu & begini". tetapi dalam islam katakan yang benar sampaikan kepada mereka apa yang dianjurkan dan yang ditegah tetapi dengan berhemah. Selain itu mereka melarang hukuman menggunakan kaedah fizikal seperti merotan sebaliknya kaedah hukuman berbentuk psikologi digunakan seperti tidak membenarkan anak mereka keluar bilik dalam waktu tempoh yang ditetapkan, belanja persekolahan dikurangkan, menghadkan tempah aktiviti luaran (bersosial) dsbg...

Cara didikan anak2 yang bersumberkan ideologi barat ada juga yang kita boleh terima pakai antara artikel yang saya baca dari Rebecca S.Blakeman menyatakan kita harus banyak bersabar dan tidak memaksa terhadap perkara yang mereka tidak suka, memaksa hanya akan menjadikan anak itu memberontak, marah atau menangis dan menjadikan keadaan lebih tegang malah lebih teruk malah mereka akan menganggap kita pula  sebagi musuh. Sebaliknya biarkan dahulu biarkan mereka bermain rapati mereka, peluk kalau perlu dan nyatakan kepada mereka kenapa perlu buat begini dan apa kebaikan dan keburukan sekiranya mereka tidak mahu lakukan, anak2 akan merasakan yang mereka disayangi dan kita mengambil berat dan mereka tahu  ada perhatian dari kita.

Berikan ganjaran sekiranya mereka melakukan perkara2 yang betul atau baik, bukan material sebaliknya cukup dengan ucaan seperti berikan ciuman,ucapan pandai, tepuk tangan, paling tidak pun cukup baik sekadar memberikan senyuman, itu akan menunjukkan yang kita menghargai apa yang mereka lakukan, jangan pula kita mengharapkan mereka melakukan perkara yang baik sentiasa kerana mereka masih dalam perkembangan adalah lumrah untuk mereka melakukan kesilapan.

Memberikan hadiah sekali-sekala bukan hanya ketika hari jadi tetapi ketika hari2 biasa juga elok, bukan semestinya yang mahal2 yang murah juga tidak mengapa asalkan kita dapat belikan mereka, didik akan mereka supaya menghargai barang yang diberikan, ini sebagai pembelajaran untuk mereka menghargai sesuatu pemberian selain melahirkan rasa berbesar hati mereka terhadap kita.

Anak2 kadangkala suka berebut sesuatu benda,bertandang kerumah saudara-mara yang juga mempunyai anak2 kecil sebaya berebutkan sesuatu benda itu adalah perkara lumrah dan semulajadi, sebagai orang tua kita harus pandai menggunakan psikologi dengan mereka jangan hanya pandai suruh mereka mengalah atau rampas barang yang direbutkan itu sebaliknya suruh anak anda memberikan barang tersebut kepada saingannya manakala anda sudah siap dengan barangan lain sebagai pengganti kepada barang tersebut. pujukan dan sentuham fizikal sangat diperlukan peluk dan bercakap selembutnya, sekiranya berjaya maka katakan pandai atau good boy sebagai penghargaan di atas sikap positifnya itu.. Secara tidak langsung akan mengajar anak kita cara bertolak ansur.

Dalam Islam ada di berikan panduan mengikut sunah rasulallah SAW..

1. Dari umur 0-6 tahun Rasulallah menyarankan kita menyanyangi,mengasihi, memanjakan meraka tanpa batas, berikan kasih sayang tanpa mengira yang sulung atau yang bungsu sama rata dan adil. Tidak boleh dirotan sama sekali walaupun untuk mendidik.
kesanya anak lebih merasakan kita adalah sebahagian dari diri mereka, sebahagian proses prmbesaran mereka adalah bersama kita, merasakan aman mereka tahu ibu bapa mereka akan selalu ada untuk mereka.

2. Dari umur 7-14 tahun Disiplin dan tanggungjawab adalah teras didikan kepada anak2. Menurut hadith Abu Daud " Perintahkan anak2 kamu supaya mengerjakan solat ketika mereka berumur 7 tahun dan pukullah mereka sekiranya mereka meninggalkan solat pada umur 10 tahun dan asingkanlah tempat tidur mereka (lelaki&perempuan ). jangan pukul selain dari lutut ke bawah, sesekali elakkan memukul di muka.
kesannya ialah mereka akan tahu tanggungjawab mereka terhadap suruhan allah, bukan lagi sebagai satu suruhan malah menganggap ianya adalah tanggungjawab sendiri, dan inilah masanya orang tua memprogramkan sahsiah dan akhlak mereka menjadi yang terbaik dan terpuji.

3. Dari umur 15-21 tahun fasa ini dalah fasa yang sangat mencabar, memukul sudah bukan cara yang sesuai malah berkawanlah dengan mereka, banyakan mendidik melalui perbincangan, ketika fasa ini anak lebih terdorong untuk memberontak. Bagi yang wanita si ibu berkongsilah maklumat tentang perubahan yang bakal berlaku dengan anak perempuan mereka berkenaan fizikal atau mental.Gunakan cara diplomasi elakkan mengherdik atau memarahi dihadapan adik beradik yang lain. Yang paling penting jadilah pendengar mereka yang baik dan setia.
kesanya mereka tidak senang terpengaruh dengan orang lain mempunyai keperibadian yang ampuh tidak memerlukan orang asing atau orang ketiga untuk membuat rujukan dan mendengarkan masalah kerana bermula dari awal lagi cara didikan kita itu telah membuatkan mereka itu tahu siapa yang lebih berhak ke atas mereka.

4. umur 21 keatas pada fasa ini berilah mereka kepercayaan untuk menilai sendiri dan membuat keputusan, sebagai orang tua kita hanya memantau dan berikan nasihat, berdoa selebihnya bertawakkal kepada allah, mudah2an dengan didikan yang telah kita terapkan sedari bayi hingga dewasa telah menjadikan mereka insan yang unggul yang hebat supaya menjadi cotoh pula kepada masyarakat yang lain.
























p/s Terpulang pada ibubapa samada ingin menjadikan mereka seorang muslim, yahudi, nasrani ataupun majusi. Yang pasti kita mestilah didik anak kita terbaik mungkin lagipun siapalah kita yang serba kekurangan ini kadang kala ada juga kesilapan dalam mendidik.

Monday 14 January 2013

Majlis Perkahwinan Kechik @ Atan @ Fadhly dan Fazura

Pada 13.01.13 yang lepas berlangsungnya perkahwinan antara Fadhly dan pasangannya Fazura di kediaman Fazura di Majidee Johor Bahru, ucapan tahniah dari kami warga UMMB diatas penyatuan ini semoga kekal bahagia, dimurahkan rezeki dan dikurniakan cahaya mata yang cerdik, soleh,solehah,sempurna dan sihat walafiat aminn...










Johor vs Perak

Pada Jumaat lepas aku bersama dak2 sekerja berpakat untuk menyaksikan perlawanan bolasepak antara pasukan JDT vs Perak di stadium Tansri Dato Hj Hasan Yunus, Perlawanan liga kali pertama diadakan di stadium itu telah menyaksikan begitu ramai warga Johor yang turun untuk menyokong pasukan kesayangan ini. Sangat sesak dan nasib baik aku dapat parking yang betul2 strategik untuk memudahkan aku ketika balik nanti..hahaha padan muka bagi mereka yang berbangga sangat pada awalnya tu kerana dapat parking betul2 dihadap pintu stadium kerana selepas perlawanan berakhir mereka adalah orang paling menyesal kerana kereta masing telah menjadi teras yang paling akhir untuk keluar sehinggakan ada yang balik hampir pukul 12 mlm ini kerana kenderaan mereka telah di bloking (hadang) oleh kenderaan2 yang terkemudian mahu tak mahu tunggu la korang sampai abis semua kenderaan keluar dulu..wakakaka!! haa tu la parking depan pintu lagi..

Pada perlawanan itu keputusan berpihak kepada Johor walaupun Perak bermain dengan 9 pemain akibat 2 pemain mereka dikenakan kad merah kerana kekasaran tetapi Johor masih tidak mampu menembusi gawang musuh..chit!! menanglah 1-0..Hari ini JDT akan bertandang ke Kelantan mampukah Harimau Selatan membaham sang kancil di sana nanti segalanya bakal terjawab malam ini..Ada sedikit gambar suasana yang sempat aku rakamkan...

enjoy...











Thursday 3 January 2013

Istanbul aku datang

Yup hihi tajuk cam yeye o jek ek?..well satu hari suntuk aku layann cerita nie walau aku dah terlambat but still ok its not too late yet rite?..dan ianya funny and so sweet memang best!!...film nie tak bosan pasai pengambaran diadakan di Turki pemandangan memang sangat cantik, jalan cerita yang ringan tapi sangat terkesan,pelakon walaupun menggunakan khidmat Tomok his done very well seriusly tibe2 lak tak terasa loya bila tengok Tomok kuikui!!