Thursday 15 August 2013

Selamat Hari Raya..

Entry ringkas untuk raya tahun ini..

Dalam beraya nie ada juga yang celebrate bday sekali harung..(jimat kos la tu hihihi..)

Muka dah merah...tunggu nak rabah je ayaq mata tu..

Kan dah habaq..betul kan dah mencurah2 dah tu..

Wallaweh.. udah2 la tu, nie bukan air mata je keluar air hidung pun sama deras keluar wakakaka..

Gelak je dorang tengok..

Ayah tok n ayah aku perhatikan je..mak n mak tok lak buat2 hairan..mungkin dalam hati berkata"tu pun nak nangis"..

No komen..Itulah pendirian ayahnda n bonda aku kot..


Dorang beralih pula kepada Fahim..mungkin ade statement dari Fahim tentang adegan tadi.. 


Aku, Lina, Fahim dan Wafi ambil pendirian tunggu dan lihat je

Akhirnya ramai2 LU KENA BEB!!!

P/S Selamat Hari Jadi semoga panjang umur, sihat wal afiat, bahagia bersama keluarga dan dimurahkan rezeki...

Sunday 4 August 2013

Gila Camera

Haii allzs..

Macam nie..korang pernah ada kegilaan terhadap sesuatu benda? kalau tanyakan kepada aku dengan tanpa berfikir aku terus menjawab ada hehe..memang pastinya semua manusia ada keinginan samada tahap keinginan itu sederhana atau pun sudah terlebih had ke tahap "gila"..

Camera adalah kegilaan aku yang pertama, aku sangat suka pada apa saja gadget yang boleh berfungsi untuk merakam terutama camera, sekarang ini aku sudah mempunyai sebuah camera canon 500D dan sebuah camera compact Fujifilm yang mana kedua2 gadget ini sangat aku sayang sehinggakan kalau di letakkan 3 orang Siti Nurhaliza sekali pun aku tetap dengan camera kesayangan aku..

Motosikal adalah kegilaan aku yang kedua, sayangnya aku terhadap motor sehinggakan aku boleh meminggirkan perasaan rakan2 lain yang ingin meminjam motor ku ini dengan seringkas perkataan "NO"..persetan kepada perasaan mereka asal saja motor ku ini terpelihara dari sebarang musibah..pernah aku terjatuh manja dengan motor kesayangan ku itu, tetapi yang aku risaukan bukan diriku tetapi tank (tangki) minyak motor ku itu sekiranya kemek (caner eja?) atau calar huhu..barulah perasan yang calar hanyalah maruah ku...

Berbalik kepada camera, untuk raya yang bakal menjelma ini wajarkah aku menyambar sebuag lagi camera untuk aku memastikan bahawa raya ini tiada moment yang bakal terlepas dari lensa mata camera ku itu nanti? atau adakah cukup dengan menggunakan camera yang sedia ada? hemmm sejak dua menjak ini mata aku tertumpu pada camera DSLR bersais compact, bagai direnggut tangkai jantung hati ku ini bila terlihat iklan dan susuk bodynya itu di ruang2 kedai..

Ia mungkin raya ini lebih bermakna sekiranya kita beraya bersama camera baru...hahaha



Canon 500D


Sabo je laa...

Posting Raya

Hai blog...Assalamualaikum..

U alls rasanya dalam waktu2 seperti ini kita sudah tidak mampu untuk menumpukan sepenuh perhatian dalam tugasan kerja harian, maklumlah masing2 sudah diresapi dengan semangat raya, terbayang di kepala hotak (amboi otak sudah..)kita suasana raya yang bakal menjelang nanti mentelah pula raya cuma tinggal lagi 2 hari dari date blog ini di publish..huhu

Bercerita pasai raya ini mungkin persiapan untuk menyambut raya sedikit-sebanyak sudah bermula, ada yang telah melakukan persiapan dari awal dan ada juga yang lebih selesa dengan last minute preparation papepun terpulang janji raya tetap meriah tak gitew...

Bagi aku raya kali ini agak sederhana,baju melayu kami sekeluarga awal2 lagi wife aku dah siapkan, untung dapat wife pandai jahit baju, wife aku dah siap sediakan untuk kami sekeluarga dari aku sampai la untuk kedua anak bujang kesayangan aku sume wife aku yang sediakan, hebatkan wife aku.. ala korang bukan susah jahit baju melayu dan baju kurung tu pun.

Ok meh sini aku bagi tahu skill wife aku yang sangat handal ini. Pertama mestilah kena cari bahan dahulu jadi untuk tema kami tahun ini ialah warna hijau, kedua decided design apa yang kita inginkan,yang ketiga ni rumit hahaha.. cari kedai menjahit baju hahaha pastu campak je kat sana cukup masa amik semula, bayar.. dah ada 4 pasang baju raya hahahaha!!! hebatkan wife aku yang tercinta tu, korang ado? so kalau orang tanya baju beli ke buat ofkos la aku jawab buat!!..

Tentang shopping untuk raya ini aku ambil pendekatan baru iaitu beli simpan dan simpan dan simpan lagi (lame ny ko simpan) pastu nak raya baru buka plastik dan guna hahaha..kebanyakan pakaian untuk raya tahun ini sudah aku beli sejak dari awal tahun lagi, ketika itu aku ke Singapura bersama isteri di sana aku belilah barang sehelai dua seluar, nak di jadikan cerita setelah beli aku terus terlupa tengtangnya sampai la baru2 ini aku terlihat bungkusan plastik yang tertulis Mustafa Centre, aku buka dan barulah tersedar ada seluar yang masih baru tidak terguna, korang nampak tak kat sini aku dah save dah..

Anak2 kami semua sudah kami siap dan lengkapkan, jadi rasanya lengkaplah persiapan kami untuk raya tahun ini, sesederhana mungkin tapi gaya tidak diabaikan, semurah mungkin tapi jenama tidak ditolak tepi, mencari yang terbaik dan berkualiti tetapi harga tidak tinggi..tak gitew.. cek Kiah?

Sebelum terlambat aku ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Idul Fitri Minal Aidil Walfaizin maaf zahir dan batin sekiranya dalam blog ini ada terlepas statement yang mengundang rasa marah, tersinggung rasa, terkecil hati, menjeruk rasa, tergoncang prinsip, tergoyah iman harap dimaafkan, aku hanya sekadar menaip tanpa menujukan khusus kepada sesiapa, hanya luahan rasa dan coretan suka-suka..

P/s R


aya mai la rumah no..