Tuesday 11 December 2012

SAMBUNGAN...........


Yossshhhh......... Hahahahaha!! gila lambat nak up date sambungan story Family Day aku nie ek, bukan apa lately nie agak BUSY. "sangat" sebenarnya malas sangat semalas malasnye nak check or visit my own blog, why? .. because I have no mood and still feel tired,congratulations to all of us because without you for support its was never going to happen and hope that will be a good opportunity for us to strengthen family ties.

OK kita sambung semula, tapi dah tepu la rasanya pasai nak kena refresh balik, o0o0o ok masa tu kesian aku tengokkan atok kesayangan aku tu, dah la bersusah payah memanjat anak tangga kena pulak menapak ke bilik yang nun hujung tanjung sana, yang tak boleh handle pokcik aku si Herman tu leh nak tunjuk perasaan menendang setiap pintu, asal pintu je semua kene penendang dia hahaha!! takpe apa2 saja tindakan lu gua sokong bro..setelah selesai urusan loading kami amik masa kejap nak melonggarkan urat saraf, otot2 dan sendi2 setelah cukup houl dan hisab hihihi kami pakat bersiap nak terjun kolam fuiyooo memang happening la, si Zaki macam tahu2 je hasrat hati aku nak suruh bawakan bola, boleh dia betul2 bawa bola memang menjadi la hari tu, kiteorg main bola bola air siap invite la pengunjung2 yang lain untuk join sama, dorang pun sporting melayan kitorang, kalau nak ikutkan memang dah macam taknak naik dah karana dah terseronok sangat...

BBQ nie rasenya palaing spoil laa, dah la lambat buat persiapan (bercinta weih nak turun naik amik barang) tapi kami tetap jayakan juga aktiviti tu, hemm ok la walau macam nak setengan nyawa memikul barang2 tu dari atas ke bawah dan dari bawah ke atas..tapi semuanya fun dan happening, siap urusan BBQ kami Adi,Herman, Zaki, Rae, Iman, Cik Im, Pakngah, Gujiq aka PSY hihihi (kesemuanya lelaki) melalak berkaraok wakakaka..layan...dak yang jaga  karaok tu mata dah merah mengatuk sangat kot, pasai apa? hemm xtahu la plok mb dengar kami menyanyi sedap yang terlampau gaknya, syukur alhamdulillah kepada tuhan yang maha mengasihani hambanya kerana lagu "semut merah" tiada dalam listed fiuhh! nyaris..

Bagai orang baru balik disko (hihih ingat 90's ke) clubbing kami naik ke bilik masing pukul 2 pagi mungkin sudah tidak ingat..syukur dah solat siap2 so semua perkara jadi mudah. Keesokan paginya (hari ke 2) kami awal2 sudah turun bekfat konon nak bekfat lelambat pasai tak berebut nanti dan boleh la nak menapao ini idea si Zaki   tu la, betul la sangat sekali masuk dewan makan chait!! semua dah bersih, apakah?!!! boley ke makanan habis dia tak kira ke berapa ramai pengunjung resort tu? memang WTF tul la management dorang, si Zaki pun tunjukkan la dia punya perasaan dengan mengcomplaint tapi intonasi yang agak tinggi naik menggelabah si pelayan tu, nasib si Zaki kalau kena si Herman tercabut pintu dewan tu makan penendang..baru terhegeh2 masak mie kicap haprak tul la..

Siap bekfat kami ke laut,hihihi bajet macam nelayan le plak..kelaut buat aktiviti pantai hajat nak naik banana boat tu hemm ok la dapat la naik walau pun macem harem..ko tahu cina tu tunggu kami dari awal pagi lagi, nasib baik kami bagi tahu yang kami lambat lagi lepas bakfat baru leh join so cina tu sanggup tunggu kami gak, hemm ok laa.. cerita pasai macam harem tu berkenaan dengan sentapan masa nak humban kitorang tu aku rasa kalau masa tu kami pakat2 taknak rebahkan badan confirm tak tergolek pun dah la camtu sekali round je plak, kalau kat Teluk Kemang leh 2,3 lap dapat 2 sentapan lagi..si Rae siap berjetski dengan Gujiq aka PSY..

Selepas aktiviti pantai kami sambung permainan bola air, ada geng dah tunggu kami rupanya wakaka.. bayangkan kalau kami takda aku rasa percutian tu tak bermakna pada mereka gaknya, kesian..layankan la dorang tu sampai puas pastu kami bersiap nak check out, balik tu kami mencari tempat sentapan santapan, faham2 je la time school holiday ni semua full, aku nak cari nasi tapi warung yang aku g tu cuma ada nasi ayam je, aku pun ingat nak tapao tapi kotak nasi lak boleh takda, haprak tul laa dorang nie meniaga...malas nak tunggu aku pun pekena la laksa dengan yang lain hemm leh r walaupun perut meronta2 meminta nasi.

Penamat hari tersebut kami mengunjungi Al ikhsan belanja la 2,3 barang, banyak juga pilihan harga pun boleh tahan sikit murah, tapi tak terlawan outlet factory taman U.. selesai semua kami bersalaman dan bersurai menuju puncak  destinasi masing2, tak cukup Al ikhsan N9 aku dan Herman ke Al ilksan Ayer Keroh Melaka..beli lagi baju adoi yaii..sampai rumah dalam kul 9mlm pasai jamed teruk lepas Machap, aku exit S.Renggam masuk Pontian igat nak singgah Al ikhsan Pontian hihihi tapi malam agak lewat anak2 dah kepenatan so kami terus cabut balik ke jb dengan selamat alhamdulillah..

P/s up date story je k..










No comments:

Post a Comment