Friday 7 December 2012

 FAMILY DAY KELUARGA KAMI...


Assalamualaikum..

Seperti yang dirancangkan hari keluarga berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah dan ianya berakhir juga dengan jayanya tanpa sebarang masalah besar.Sesungguhnya aku merasa sangat dukacita ia berdukacita kerana terpaksa menunggu lama untuk menghadapi hari yang paling best ini, untuk aku pengalaman kali ini sungguh menyeronokan apatah lagi kali ini ianya di adakan di tempat yang sememangnya sangat terkenal dengan aktiviti percutian iaitu Port Dickson

Percutian kami ini bermula pada 1-2 Dec 2012,bertolak dari rumah masing-masing,kami iaitu aku bersama family, kedua orang tuaku bersama adik-beradik aku dan adik lelaki aku (Rae) sekeluarga memulakan perjalanan pada pukul 8.30 pg dari rumah terus ke Machap untuk berkumpul bersama beberapa lagi ahli keluarga kami yang lain iaitu dua orang pakcik aku iaitu Pakyang dan Pakngah bersama keluarga masing-masing berserta atok dan nenek. Setelah menunggu lebih kurang 20 minit akhirnya kami selamat memulakan perjalan secara berkonvoi dengan 5 buah kereta diketuai oleh bapa aku.

Perjalan berlangsung lancar kereta terus meluncur laju sehinggalah bapa aku memperlahankan keretanya dan aku terus memintasnya kerana beranggapan mungkin orang tuaku meminta aku untuk mengetuai yang lain. Aku terus laju sehingga tidak sedar yang sebenarnya orang tua aku tidak mengikut malahan semakin  ketinggalan jauh dibelakang, seketika itu aku terima panggilan dari adik aku (Rae) mengatakan mereka sekarang sedang berhenti di tepi jalan kerana ada masalah teknikal iaitu tayar kereta orang tua aku itu telah pecah tetapi syukur tiada apa2 yang tidak di ingini terjadi.

Atas bantuan Rae, Pakyang dan Pakngah dan ahli keluarga yang lain urusan menjadi lebih lancar proses menukar tayar menjadi lebih ringan dan pantas. Meneruskan perjalanan aku sudah jauh dihadapan dan kami sepakat untuk kembali berjumpa di perhentian Ayer Keroh melaka untuk mengepam tayar yang baru ditukar tadi. Selepas selesai kami meneruskan pejalanan semula dan kali ini kami agak terlewat dari masa yang sepatutnya, tetapi akhirnya kami sampai juga di destinasi yang dituju iaitu Teluk Kemang, Pak Im sekeluarga sudah menantikan kami di sana bersamanya ialah cik Naha setelah lengkap semuanya kami mengeluarkan pelbagai bekalan makanan yang dibawa dari rumah siap dihidang untuk terus dimakan nyummnyumm.. blurkkk!! alhamdulillah kenyang..sambil itu sempat juga aku mengurut kaki refleksologi hemm boleh tahan murah cuma rm20  je tapi sungguh terasa kesedapan+kesakitan hihi..

Menereuskan aktiviti kami itu kami terus daftar masuk ke resort Casa Rachado itu dan perkara aneh telah terjadi, yang anehnya semasa tempahan kami dijanjikan bilik aras bawah tetapi setelah daftar masuk kami ditempatkan di tingkat 3 dimana kami terpaksa menapak jauh, lebih menambahkan keanehan lagi lif tidak disediakan menapak adalah satu2nya solusi. Sepenat-penat aku menghayun langkah meniti setiap anak tangga sambil membawa barang dan sebagainya penat lagi melihat atuk aku melangkah dengan menahan sakit lutut dan sememangnya atuk aku sudah tidak kuat untuk melangkah secara aktif dan atas sebab itulah kami meminta tempahan bilik di aras bawah. Lebih anehnya bilik kami terletak dihujung sekali wow "terbaek".. bak kata boboiboy.

p/s nie update story jer, gambiran up date lain...



No comments:

Post a Comment