Tuesday 25 December 2012

Dating in Singapore

DATING IN SINGAPORE

Pada 20.12.12 aku bersama adik lelaki ku Rae dan isteri Arlina telah mengadakan lawatan muhibah ke Singapura .. Sebenarnya aku bersama isteri sudah merancang ingin kesana sebelum ini tapi masa terlalu tidak mengizinkan dan kebetulan cuti hole tiba idea kesana muncul dan semuanya seperti tiada halangan yang melintang, tetapi sebelum itu kami perlulah menyiapkan apa2 yang patut seperti pastikan anak2 kami semua tidur dan segalanya siap diuruskan hihihi..

Kasihan si Janah (adik perempuan aku)terpaksa menjadi bibik sementara waktu, mak cuma memantau dia untuk menjagakan anak aku sepeninggala aku ke sana confirm la ada habuannya.. kami bertolak selepas maghrib aku menaiki motor superbike hitam dan Rae bersama motor sport dia hihi "sangat"!! semua berjalan dengan lancar, tunggangan santai sahaja lagipun keadaan jalan untuk memasuki Singapore tidak terlalu sibuk.

Ketika memasuki aku sudah tersilap memasuki lorong, kerana aku mengikuti Rae,nasib Rae perasan dan dia menyuruh aku pusing semula ke lorong yang asal adoi yai..lorong yang aku masuki itu rupanya lorong untuk pekerja sahaja..kalut la sekejap nasib baik Isteri aku ok dia tolong alihkan kon untuk laluan kami..fiuhh!!...

Target utama kami ialah ke Mustafa Centre, kerana pertama kali kesana aku tidak berkesempatan untuk meninjau keadaan didalam so kali ini aku tekad untuk masuk kedalam..Memang tidak dinafikan barangan di sana sangat murah, minyak wangi, emas,baju,barangan eletrik,HP,Camera segala mak nenek ada di sana..

sempat la membeli sedikit ole2 di sana..hihihi selepas siap kami pergi meronda sehingga ke tempat rae bekerja, hemm rase la dating berdua macam couple2 sekarang leh pegang2 tangan hihihi, dolu2 masa kami dating duduk berdua pun selang satu kerusi adoi yaii..nasib baik kereta aku kerusi depan cuma 2 kerusi dan dia tak minta duduk belakang hihihi..nak naik moto hemm jangan harap dalam mimpi pun belum tahu lagi k..

menunggukan Rae yang berdinner tu siap dapat la melepak sekejap, selesai semua kami pulang ke Johor dengan selamat..syukur alhamdulillah..


 
Rae & Lina

 
so sweet..

 
bersama super bike kesayangan..


 my dream car (in my dream)

No comments:

Post a Comment