Sunday 26 August 2012

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin

Hari ini bersamaan 9 syawal 1433H maknenye dah masuk raye ke 9 sekarang nie,hemm diam tak diam dah masuk raya ke 9, seperti yang pernah aku ceritakan sebelum ini tentang suasana raya yang aku lalui ianya berulang lagi untuk tahun ini hihihi macam dejavu lak rasenya. Well raya tahun ini suasana agak meriah walaupun acara kemuncak malam raya kedua aku telah pulang ke kampung mertua di Segamat tetapi tidak merencatkan keseronokkan berhari raya.

Aku sekeluarga telah pulang ke Segamat pada hari raya kedua, sebenarnya beraya di rumah mertua mempunyai keseronokkan tersendiri yang semestinya berbeza dari di kampung aku sendiri, disini aku ceritakan pengalam yang biasanya akan aku lalui sekiranya aku pulang berhari raya di kampung halaman isteriku, setibanya aku di perkarangan rumah bapa mertua ku kesemua anak saudara aku sudah menyerbu, ada yang menjerit memberitahu aku sudah sampai,ada yang tak sabar-sabar hendak membuka pintu kereta, suasananya aku seperti seperstar film tamil, tapi itulah keistimewaan disana, anak saudara sebelah isteriku ramai memang kecoh rumah orang tua mertuaku dikerjakan, ada yang berlari berkejaran, yang memanjat kerusi, belum masuk yang melalak melolong fuihh.. havoc sungguh laa dan semestinya yang paling menantikan saat itu ialah anak sulungku yang khachak sekali iaitu si gorgor fahim laa..

tahun ini aku pulang ke segamat dengan tidak memandu langsung,entahlah aku mengantuk yang amat sangat, jadinya tugas aku menjaga gorgor dan dd kat belakang, si dd wafi dan2 tu leh memerot lak,adoi laa menyesal lak aku tak bawak kereta tadi huhuhu, budak selambak nie memang saje je nak kenakan abah dia.selesai semua aku dan Fahim tidur kat belakang bersama si wafi dalam car seat dia,sedar-sedar kami dah   hampir simpang Redong. TQ lina hihihi..

Dia dari dalam kereta tak tuntu pasal terjerit dah nampak kelibat abang-abang dan akak-akak dia berlari menuju ke kereta. kasihan Fahim selame nie kat rumah tak berkawan so bile time macam nie lah dia dapat melepaskan segala perasaan dia sampaikan gerobok pak awang bapak mertua aku pun dia nak panjat..agak-agak la nak oii..belum masuk ampaian mak mertua aku yang Fahim rajin menyorong kehulur-kehilir tu, sampai mak mertua aku terpakse nak jemur kain ikutkan rentak dia.

dd Wafi nanti dulu ye cayang awak belom boleh join d team, tapi kaki dan tangan dah menolak-nolak macam nak ikut lari sama cian cayang abah yang tembum gebus sangat ni, sebelum tu aku dan isteri terus menuju kedapur hihihi biasala kalau aku yang balik pasti ipar-ipar ku suruh makan dulu, memang makanan tak pernah putus ade saje yang dorang masak. tengok la saiz biras2 aku tu, sume xxxL ny type..

Biasanya kami memulakan perjalan untuk beraya pada keesokkan harinya, tapi selalunya tujuan kemana tu tak tahu (yaperdaa dah 4 tahun kawin pun tak kenal lagi sedara) aku cume follower, biasenya birasku Abg Ali yang menjadi leader, kami beraya sehingga ke Melaka jauh tak jauh laa kan, arwah emak lina berasal dari Melaka so ramailah keluarga dan makcik-makcik isteriku masih menetap disana.

Kalau di sebelah aku rumah mak long pasti menjadi pit stop untuk makan, pekena sayur lodeh,kuah kacang,rendang sambal goreng, perhh!! tapi kalau di sebelah isteriku rumah wak nah pasti tidak menghampakan kitorang, asal datang mesti kene makan, dah la tu juadah mereka memang eksotik, sayur goreng sangat special kerana ada babat hitam yang disalai dahulu sebelum di campur dengan sayur goreng, memang bermacam lagi masakan yang jarang aku jumpa di JB.

Beraya memang memakan masa satu hari suntuk kalau keluar waktu pagi pulang pada waktu malam, biasanya aku akan menumpangkan sekali akak iparku bersama anaknya, lebih senang dan lebih meriah, lagipun itulah tujuan kami membeli kereta mpv walaupun cuma 5++ seaters sahaja tapi ianya memadai untuk kami beraya bersama-sama. (nyaris nak amik vios hihihi)

Tapi kalau namanya budak memang takde istilah penat, lepas je beraya mlm tu dorang leh layan main bunga api dan mercun lak, so aku la yang jadi mangsa untuk pantau keselamatan dorang tu adeiii malas tul la aku, time nie la rasa memang patut mercun dan bunga api diharamkan, time sendiri main xingat lak ek chit! lepastu keesokan harinya aku la yang palaing lambat bangun betul-betul balas dendam kesumat untuk semalam punya hihihi..






No comments:

Post a Comment