Sunday 5 August 2012

KAU TAHU..

Hihihi dulu masa kecik-kecik bile tiba bulan puase je memang paling tak besh,
tapi bile tang nak sambut hari raya,waktu tu aku la rasanya orang yang paling bahagia
kenapa? kerana raya pada aku adalah waktu yang tersangat besh dan istimewa,penuh dengan agenda,
penuh dengan keceriaan,penuh dengan kejutan.
kau tahu,agenda yang paling aku tertunggu-tunggu waktu Pagi Raya selain nak makan ketupat lodeh dan rendang ialah pakai baju raya, hahaha..
kerana masing-masing (aku,adik dan pakcik-pakcik aku yang lebih kurang baya) sebelumnya telah merahsiakan warna dan corak kain masing-masing,
Jadi lepas mandi sunat hari raya (huwalauwehh...air sejuk gile kau tahu..) kami semua bersiap-siap menyarung baju raya..dan masing-masing saling berpandangan sambil lubang hidung kembang kempis konon perasan diri segak yang amat hihihi.
Rerase aku la kot yang paling melaram rupanya yang lain pun tak nak mengalah dey yaperdaa!! tak bagi peluang kaa?.
Selesai solat hari raya aku adik-adik aku bersama ayah tersayang menziarahi pusara atok dan nenek disebelah ayah,sedekahkan doa,(selepas solat juga aku tidak pernah lupa untuk menghadiahkan doa kepada mereka) agaknya sampai ketika aku harap Fahim Syahmi dan Iklil Wafi serta bakal anak-anak ku (coming soon hihihi) tidak lupa untuk melakukan seperti itu,tidak lupa menjengah dan mendoakan kedua orang tuanya di sana..
Memang tak dinafikan pagi raya suasananya sangat berbeza...
tapi acara yang paling aku malehh tahap cicak tokek terselit dicelahan kekipas ialah acara bermaafan,hadoii laa korang bayangkan bergaya mengalahkan cicit kepada Hang Tuah bersongkok dan bersampin bagai cume keris je yang takde.
"mak...minta....huwaaaaaa!!!!!! srockk srakk... " dah tak boleh cakap dah,sah kalau nampak Hang Tuah aku macam nie awal-awal dia minta tok bendehara tikam dia betul-betul..wakakaka!!.. hampehh waktu tu memang tak dapat nak ditahan-tahan dari air mata syahdu dari mengalir (termasuk la air hidung) hihihi.. ketika dan saat itu satu rumah memang syahdu sakan la, tapi mak mana yang tak sayang anakkan? belum sempat aku nak minta maaf mak aku dah maafkan dah pun..hihihi cayang mak..
Bukan aku saja yang merasainya tetapi anak-anak  kepada bekas pendekar( pakcik n makcik aku laa) pun kalah dek panahan emosi kesyahduan ketika itu.
"yaallah aku sebagai hambamu amat bersyukur dengan kurniaan mu,engkau tempatkan aku dalam keluarga ini,keluarga yang penuh dengan kasih-sayang, syukur yaallah."
Well korang kenal aku kan? aku mana boleh sedih lama-lama, ruang yang tadinya syahdu segera aku warnakan dengan hilai ketawa semua yang ada,dari atok,nenek,emak,ayah,adik-adik dan pakcik-pakcik serta makcik-makcik aku semuanya kembali ceria..
dan acara wajib yang sebenarnya baru muncul,iaitu acara makan, benda yang aku cari di awal bismillah ialah lauk setahun hijrah iaitu lauk mambo eh jumbo (apo namo eh lauk nie?) eh what ever laa janji ini lauk membuatkan sesiapa yang hilang deria rasa waktu itu akan mengalirkan air mata kekesalan,seterusnya kesan kelukaan itu dibawa hinggan ke hari raya tahun hadapan hahaha!!!
ia juadah yang mempunyai nama yang sangat unik ini hasil dari air tangan (bukan air basuhan tangan eh) makngah terima kasih atas lauk yang beshh nie ye makngah hihihi..
bbrrrrrrrrrrkkk!! alhamdulillah.
Akhir hari raya waktu untuk mengeluarkan wang hasil kutipan, inilah kejutan yang aku maksudkan, biasanya hasil yang aku perolehi lebih dari seratus ringgit melaysia,syukur alhamdulillah.

Ini adalah pengalam aku semasa kecil-kecil dahulu,sekarang aku sudah dewasa, mempunyai keluarga sendiri, puasa bukan lagi sebagai bebanan atau syarat untuk beraya,tetapi ianya adalah satu tangungjawab aku sebagai hamba terhadap tuhannya demi mencari redha dan barokah, lillah hi taala..
Ketika dan saat ini semua agenda masih sama, cumanya aku sudah mempunya keluarga sendiri,punya isteri yang cerdik dan solehah (Nur Arlina Amat) makin kembang laa Lina kalau baca nie, punyai dua orang anak lelaki yang tomel lagi kachaks.
seterusnya agenda disambung dengan kunjung mengunjung, kami satu angkatan bersenjata berkonvoi menuju kerumah sanak saudara, selalunya rumah Tok Long menjadi singgahan pertama kami, Tok Long akak sulong kepada Mak Tok ku wanita ini yang telah diisi penuh dengan sifat keceriaan dalam dirinya melihat dia cukup membuat aku rasa nyaman...
di rumahnya,aku........ weih Gujik hang dah kat dapur ka, Rae turut terkentut terkejut atau pura-pura terkeju?bila disergah, eh emak aku pun dah ada,ehh dah ramai rambongan aku semuanya sudah mengambil posisi masing-masing, lorr cik Zak dengan posisi bersimpuh ayu (eh.. ayu kan nama bini dia dey yaperdaa...) sedang cuba untuk menyelamatkan randang ayam dari dibaham rakus oleh Iman, tak sangka kurus-kurus si iman nie bahaya rupanya bila dibiarkan bersendirian menguruskan rendang ayam tu,
menoleh ke sudut kiri pula terlihat Pak Herman sedang duduk sambil memerhati tajam ke arah kuah lodeh, sambil mulutnya yang penuh itu terkumat-kamit yang pasti bukan tekan jampi tapi sibuk mengunyah ketupat pulut weih itu macam pun ada kaa!! hahaha..
tadi bukankah semuanya baru je bersalaman di luar tadi, cepat pantas lekas dan tangkas sungguh dorang ini..
di dapur memang banyak provokasi telah terjadi diantara aku dan masak lodeh, tanpa memikir dengan lebih rasional aku terus membaham rendang ayam dan lemak lodeh di tambah dengan kuah kacang...ini baru kenikmatan sebenar,masak lemak lodeh ini antara yang terbaik di daerah kampung aku ye hihihi ( kalau korang pernah menonton man vs food mungkin korang faham apa yang aku maksudkan hiihihi)
selesai.
setelah kami bermaafan,beransurlah ke singgahan seterusnya,menuju dan mencari kemaafan,menziarahi, bertanyakan khabar berita,perkembangan terkini selain sanak-saudara yang sememangnya bertambah kembang saban tahun hihihi..menandakan sihat kodisi badannya alhamdulillah..
masuk seminggu raya seluar yang asalnya dibeli mula menampakkan kesendatan yang mendadak, dengan jemputan rumah tebuka yang bertali arus dan jemputan dari supplier di tempat kerja fuhhh!! nasib baik tuhan kurniakan perut ini dengan sistem semulajadi first in first out kalau tidak mahu meletup bai..mulalah tanam azam baru lepas raya nk diet yes akhirnya jumpa raya tahun hadapan azam tinggal azam
yoosshii..

nota: sebenarnya aku tengah takde kerja nie, bayangkan boleh menaip panjang2 macam nie mcm nk balik pun ye jugak nie..sabo2..

No comments:

Post a Comment