Monday 26 November 2012

TAK SABO TUL..


Aku dah takde hati sebenarnya nak g kerja minggu nie, hemm tapi kerja awal2 lagi aku dah settle dah, hati dah takde kat office, bangun pagi dah takde mood nak g kerja, puncanya D-day hari yang sangat aku tunggu2 mengalahkan menunggu nak menyambut hari raya gamaknya..aku lebih teringatkan banana boat dari fail aku, lebih lagi teringatkan BBQ dari PC, lebih teringatkan pool dari melepak dengan dak2, pendek kata fikiran aku dikuasai oleh D-day..

Hari nie nak g servis tunggangan aku dulu, pastikan semuanya mantop dan lancar, semalam wife aku dah buat marking kat bumper depan hihihi takpe I lebih sayang U dari sayangkan bumper depan tu.. ( agak2 ayat kat mulut sama tak dengan ayat kat hati? terhiris kalbu aku tengok bumper tu). eh dengar2 aktiviti karaoke pun ada fiuyoo.. lame tak melalak nie, makcik aku isteri kepada pakcik aku si zaki tu seorang guru vokal kat ADTEC menggunakan teknik vokal dari hidung katanya ,pernah johan nyanyian antara sedara2 terdekat, vokal dia kena sangat dengan lagu itik gembo2 tu wakakaka..

D-day yang aku nak cerita nie ialah family day kaum kerabat kitorang, semua terlibat dari atok, nenek, mak, ayah, pakcik,makcik, adik-beradik aku..yess meriah sangat nie..aku nak naik banana boat tu berkali2 dan nak pastikan takda siapa yang terlepas dari ikut serta, semua orang kena terlibat sama, peringatan kepada semua keselamatan diri, keluarga dan harta benda di utamakan, jangan suka terlebih sampai lupa semuanya..

Casa Rachado









p/s nanti aku hapdet pic yang aku ade sekali kat situ ek..hihihi



1 comment: