Sunday, 26 August 2012

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin

Hari ini bersamaan 9 syawal 1433H maknenye dah masuk raye ke 9 sekarang nie,hemm diam tak diam dah masuk raya ke 9, seperti yang pernah aku ceritakan sebelum ini tentang suasana raya yang aku lalui ianya berulang lagi untuk tahun ini hihihi macam dejavu lak rasenya. Well raya tahun ini suasana agak meriah walaupun acara kemuncak malam raya kedua aku telah pulang ke kampung mertua di Segamat tetapi tidak merencatkan keseronokkan berhari raya.

Aku sekeluarga telah pulang ke Segamat pada hari raya kedua, sebenarnya beraya di rumah mertua mempunyai keseronokkan tersendiri yang semestinya berbeza dari di kampung aku sendiri, disini aku ceritakan pengalam yang biasanya akan aku lalui sekiranya aku pulang berhari raya di kampung halaman isteriku, setibanya aku di perkarangan rumah bapa mertua ku kesemua anak saudara aku sudah menyerbu, ada yang menjerit memberitahu aku sudah sampai,ada yang tak sabar-sabar hendak membuka pintu kereta, suasananya aku seperti seperstar film tamil, tapi itulah keistimewaan disana, anak saudara sebelah isteriku ramai memang kecoh rumah orang tua mertuaku dikerjakan, ada yang berlari berkejaran, yang memanjat kerusi, belum masuk yang melalak melolong fuihh.. havoc sungguh laa dan semestinya yang paling menantikan saat itu ialah anak sulungku yang khachak sekali iaitu si gorgor fahim laa..

tahun ini aku pulang ke segamat dengan tidak memandu langsung,entahlah aku mengantuk yang amat sangat, jadinya tugas aku menjaga gorgor dan dd kat belakang, si dd wafi dan2 tu leh memerot lak,adoi laa menyesal lak aku tak bawak kereta tadi huhuhu, budak selambak nie memang saje je nak kenakan abah dia.selesai semua aku dan Fahim tidur kat belakang bersama si wafi dalam car seat dia,sedar-sedar kami dah   hampir simpang Redong. TQ lina hihihi..

Dia dari dalam kereta tak tuntu pasal terjerit dah nampak kelibat abang-abang dan akak-akak dia berlari menuju ke kereta. kasihan Fahim selame nie kat rumah tak berkawan so bile time macam nie lah dia dapat melepaskan segala perasaan dia sampaikan gerobok pak awang bapak mertua aku pun dia nak panjat..agak-agak la nak oii..belum masuk ampaian mak mertua aku yang Fahim rajin menyorong kehulur-kehilir tu, sampai mak mertua aku terpakse nak jemur kain ikutkan rentak dia.

dd Wafi nanti dulu ye cayang awak belom boleh join d team, tapi kaki dan tangan dah menolak-nolak macam nak ikut lari sama cian cayang abah yang tembum gebus sangat ni, sebelum tu aku dan isteri terus menuju kedapur hihihi biasala kalau aku yang balik pasti ipar-ipar ku suruh makan dulu, memang makanan tak pernah putus ade saje yang dorang masak. tengok la saiz biras2 aku tu, sume xxxL ny type..

Biasanya kami memulakan perjalan untuk beraya pada keesokkan harinya, tapi selalunya tujuan kemana tu tak tahu (yaperdaa dah 4 tahun kawin pun tak kenal lagi sedara) aku cume follower, biasenya birasku Abg Ali yang menjadi leader, kami beraya sehingga ke Melaka jauh tak jauh laa kan, arwah emak lina berasal dari Melaka so ramailah keluarga dan makcik-makcik isteriku masih menetap disana.

Kalau di sebelah aku rumah mak long pasti menjadi pit stop untuk makan, pekena sayur lodeh,kuah kacang,rendang sambal goreng, perhh!! tapi kalau di sebelah isteriku rumah wak nah pasti tidak menghampakan kitorang, asal datang mesti kene makan, dah la tu juadah mereka memang eksotik, sayur goreng sangat special kerana ada babat hitam yang disalai dahulu sebelum di campur dengan sayur goreng, memang bermacam lagi masakan yang jarang aku jumpa di JB.

Beraya memang memakan masa satu hari suntuk kalau keluar waktu pagi pulang pada waktu malam, biasanya aku akan menumpangkan sekali akak iparku bersama anaknya, lebih senang dan lebih meriah, lagipun itulah tujuan kami membeli kereta mpv walaupun cuma 5++ seaters sahaja tapi ianya memadai untuk kami beraya bersama-sama. (nyaris nak amik vios hihihi)

Tapi kalau namanya budak memang takde istilah penat, lepas je beraya mlm tu dorang leh layan main bunga api dan mercun lak, so aku la yang jadi mangsa untuk pantau keselamatan dorang tu adeiii malas tul la aku, time nie la rasa memang patut mercun dan bunga api diharamkan, time sendiri main xingat lak ek chit! lepastu keesokan harinya aku la yang palaing lambat bangun betul-betul balas dendam kesumat untuk semalam punya hihihi..






Friday, 17 August 2012



salam semua semoga kalian semua sihat dan sejahtera hendaknya
sekarang ini bersamaan 28 ramadhan 1433 hijrah,bermakna cuma tinggal satu hari saja lagi untuk kita menyambut 1 syawal 1433 hijrah iaitu hari kemenangan untuk umat islam dalam mengharungi pelbagai ujian di dalam bulan ramadhan yang mulia..

'1 syawal iaitu hari raya hari yang kita sangat tertunggu-tunggu terutamanya kanak-kanak,tidak kurnang juga orang dewasa dalam meraikan hari yang berbahgia ini haruslah kita tidak melupakan pada saudara kita yang kurang bernasib baik bukan setakat di malaysia tetapi yang paling utama kepada mereka di luar sana, yang mana dikala ini mereka dalam kesengsaraan dan darurat yang amat hebat..

Warga islam di Rohingya sedang dalam kesengsaraan, mereka di sembelih tidak kira kaum lelaki perempuan tua muda malahan kanak-kanak tidak terkecuali dalam pembersihan etnik tersebut. disini kita bersyukur segalanya mudah, senang keselamatan terjamin. alhamdulillah.. disini saya minta kalian menggambarkan ia begini, kita hidup dimalaysia sekarang, ada di kalangan penduduk minoritinya berbangsa yahudi dan mereka melakukan sesuatu yang kita benci kerosakan di tempat kita , sedangkan kita memang teramat memusuhi yahudi, jadi apa yang kita lakukan? saya pasti ramai antara kita yang berkumpul berpakat pergi menyerang yahudi tersebut tidak teragak-agak untuk kita menyembelih mereka bukan? jikalau boleh tapak rumahnya pun akan kita cabut.. begitulah gambaran kita terhadap sakit hati dan geramnya kita pada kaum yang bernama yahudi itu (hanya gambaran sahaja)..sekarang cuba kita terbalikkan cerita tadi di mana Rohingya itu adalah kaum minoriti di Myanmar dan dan gambaran penduduk mijoriti terhadap puak Rohingya yang beragama islam ini sebagai ancaman, mereka tidak suka dan tidak menyenangi, tiba-tiba dikhabarkan dikalangan kaum mereka disakiti atau diganggu oleh kaum minoriti ini, pastinya mereka tidak berdiam umpama menyimbah petrol di bara api bukan..

Harus diingat kaum rohingya itu beragama islam tetapi tidak semestinya mereka yang beragama islam itu besifat baik belaka, mereka manusia biasa ada juga yang beragama islam tetapi berperangai mengalahkan syaitan dan ini ialah antara eleman petrol tersebut,mereka inilah punca segala angkara durjana ini.. yang menjadi mangsa adalah mereka yang tidak berdosa bersalah. apa yang terjadi akhirnya perbalahan terjadi, penyembelihan,pembunuhan dan sehingga keperingkat pembersihan etnik terjadi, pada kita kaum myanmar yang beragama buddha itu bersalah 100%!! kerajaan-kerajaan islam lainnya menyalahkan pemerintah myanmar kerana tiada tindakam untuk menghentikan kemelut ini. Kalian mesti terkejut kalau aku menyatakan pendirian aku sendiri yang mana sememangnya Kerajaan Myanmar tidak bersalah sama sekali!! benar junta myanmar tidak perlu rasa bersalah, pada mereka ini adalah untuk mempertahankan bangsa,kaum,keturunan dan kepercayaan buddha mereka, dan pada mereka tindakan mereka ini betul dan tidak menyalahi akidah buddha mereka, laknattullah ini bukan punya iman mereka hanya berpegang pada kepercayaan mereka sahaja tentunya tindakan mereka juga tidak berperi langsung, Alangkan orang islam yang punya iman juga ada yang bertindak mengalahkan binatang...

Agak-agak kalian semua, sekiranya kita sedang menyembelih sekumpulan kaum yahudi yang melakukan kerosakan di tempat kita adakah pemerintah kita menyebelahi yahudi tersebut?? jawapan pada kalian..
jadinya yang menjadi persoalan ialah siapa pula yang harus bertindak? yang harus membantu? jawapannya adalah kita sendiri iaitu saudara seislam mereka, dimana perginya pemerintah islam yang konon-konon hebat itu?? mana najib yang menjadi anggota totok OIC yang tegar? mana si bambang pemerintah islam yang mejoriti islam terbesar di asia tenggara? mana si kerabat bolkiah yang dikatakan terkaya di dunia? mana si kerabat saud yang dikatakan payung kerajaan islam selepas kejatuhan empayar Uthmaniah?? mana pak-pak arab yang kaya raya?? Harammm!!! semua diam ini baru kisah sedih di Rohingya belum lagi cerita lawak seram campur ngeri di Palestin, jangan mimpi la kalian wahai pemerintah islam semua.sengaalllll!!.kalian (pemerintah2 islam) yang harus dipersalahkan karana tidak sedikit pun memberikan bantuan dan sokongan.

Kita yang melolong seperti ternampak asmah memakai tudung untuk meminta mereka berhenti ini kenapa? kita perlukan tindakan labih tegas dan drastik untuk menghentikan segala kerosakan dan pembunuhan ini, kenapa kita boleh membawa masuk penduduk china masuk tetapi tidak penduduk rohingya ini untuk berlindung di negara kita? kalau dahulu masih ingat lagi kita pernah membawa masuk penduduk kemboja ke malaysia, dan ada antara mereka yang sudah berkahwin dengan penduduk tempatan kita, jadinya kenapa tidak penduduk rohingya ini yang sememangnya beragama islam saudara kita diberikan akses yang sama, sediakan dokumen lengkap serta data rekod kemasukan untuk mereka untuk memudahkan pengesanan sekiranya mereka melakukan sesuatu yang salah dari membiarkan berjuta rakyat indon,myanmar,china,india,vietnam dll yang membanjiri malaysia tanpa sebarang rekod sah, ada yang langsung tidak mempunyai apa-apa pengenalan.

Dengan bantuan hubungan politik yang kuat dengan Myanmar kenapa kita tidak gunakannya sebagai alat atau medium untuk menyatakan pendirian kita? menyalurkan bantuan secara terus tanpa melibatkan orang tengah, berunding dikalangan negara-negara islam lain untuk tidak melakukan hubungan diplomatik dengan myanmar ini dan banyak lagi cara yang sepatutnya difikirkan oleh mereka yang lebih layak yang kerjanya memang hanya untuk berfikir,aku sekadar cuma merapu sahaja.

Warga islam di syria juga begitu, kejadian terbaru merupakan kejadian yang menyayat hati meragut nyawa kanak-kanak akibat perang saudara, kawasan penduduk dibedil menggunakan roket dan peluru berpandu dilancar menggunakan jet pejuang disasarankan ke penempatan penduduk, mana letaknya..sedang mereka dalam bulan puasa mereka masih tidak teragak-agak untuk bersifat mengalahkan haiwan  (terlalu lembut) binatang!! itulah ayat yang layak menggambarkan sifat tercela mereka, yang mengaku diri mereka ini islam, bagaimana jenis ajaran islam yang mereka anuti? adakah ianya ajaran islam mazhab zionis?? ia kita tidak tahu..kalau di rohingya ini masih tidak dapat diselesaikan ini kan pula masalah besar di Syria..sekurang-kurangnya ianya hanya perang saudara si pembunuh dan yang di bunuh adalah orang islam sendiri, letaklah sebarang kospirasi disebalik kejadian di syria ini sekalipun yang pasti setiap masalah ada penyelesaian..





bersambung ade lagi nanti ....(weih...dah nak balik nie nak mengemas kain baju esok nak balik sambut raya di kampung yahooo!!)

nota: hari2 terakhir kerja saya mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin.yooshii


Sunday, 12 August 2012

Senyuman ikhlas dari Rae..


Mcm bergambar di Melbourne lak rasanya...Perasaan2..

Tengok ape tu ek? agak2 korang klu S'pore still a part of Msia leh jd mcm nie tak?

Maybank pun ade...sikit lebih kurang designnya dgn yang kat Pudu tu kan..

Tapi kan ada baik dan ada buruk Singapore tu kuar dari Msia, yang baik sekurang-kurangnya Orang Msia boleh la mencari nafkah di sana,kalau di hitung dari dulu sampai sekarang berapa ramai pekerja dari Msia yang bekerja di sana dan membawa masuk duit ke Msia yang mna nilai mata wang mereka lagi tinggi lebih dari sekali ganda, belum di tambah dengan orang mereka yang berbelanja di negara kita, kalau nak kata melayu mereka terpinggir yes!! sangat2 batul,tapi sebelum keluar Msia pun melayu Spore mmg dah terpinggir pon kan dan tak kurang juga di Malaysia, pemimpin juga melayu ISLAM tapi ramai juga melayunya DAN islamnya terpinggir..so sape nk jawab?

Esplanade
Singa muntah tu dah takde katenya..dah di roboh atau pindah tak tahu la pulak..sat nk call lee--
aku; hallo lee itu singa mna letak?,
lee: wa angkat kasi letak lumah punya depan,itu singa mulut talak benti kuar air maa,wa tatut itu  s'pore tenggelam kalau tatak kasi tanggal itu singa..kasi stop itu air..lagi aa wa tatut itu johot pun sudah tatak mahu kasi air,kene jimat celemat nye pun adoi..baru lakyat suka sayang sama wa leyy..tuhan a'ala pun sayang kasi wa lagi idup lama maa..
aku; caya la lee


Jalan-jalan cari makan di sekitar kawasan, waktu ini memang ramai orang tengah lepaking, maklum la cuti hujung minggu,lalu di sebelah restoran nie betul2 membuat perut bertambah keroncong..maklumla kan bulan puasa nie..sabo je laa.
Nak beli memang idok lee.. bergambo je jang oii


Pose santai dari Rae, (ciri2 singaporean mcm dh ade tu)

Tak ready lagi nie sebenarnya..


Candid ek??weih  kena candid pn macho gak apee...


  gerekk sehhh...


 
dua pic di atas dan bawah nie saling berkaitan.. ala..kire art la konon ny tuu..




 (atas dan Bawah) nice view..


Korang perasan Aeron Aziz tak? jap2 aku try kasi zoom satu kali..









Haaa tu dia...!!   Ehh!! nie ke? ishh dari jauh mcm Aeron Aziz sebijik! wkwkwkw...

haa ni Haron Ajis dua bijik!!
mcm real ek Rae pegang bende tu...

Nie nak tunjuk pic aku ke pic bangunan sebenarnya??


Nak jugak.....hemm layan je laa ..

An evening in S'pore

 Pada 12 august 2012 aku dan adik lelaki (Raqie)bersama menyeberang ke seberang tambak untuk ke Singapura, tepat pukul 4.30 ptg kami bertolak dari rumah menaiki motor untuk lebih memudahkan pergerakan kami. Perjalanan lancar tanpa sebarang masalah dan halangan, ditambah cuaca yang sangat baik, sila la menjamu mata dengan hidangan ole2 gambiran nie hihihi, lama tak gune cam nie agak kamkabut sikit ada pic yang gelap ada yang terterang sangat tengok je laa eaa.., nak beli ole2 lain tak mampu huhuhu.. maklum la p pun tak rancang sangat... 


Marina Bay Sands


On d way ke sana


S'pore Flyer


Art gallery




Ramai gile orang macam pergi Angsana gak la rasenya..kihkihkih


Hemm xde special mana sangat pun, pada aku best lagi Pavillion KL atau
 KLCC



(bawah) Idea nie kat The Mines dah ada kot atau kat Genting



My picture in front of LOUIS VUITTON boutique



Monday, 6 August 2012

Berbuka Puasa JAP
aku bertiga Wandi,Shahrul n dak Wan


Nampak menyelerakan


yummy....
naik teleng si Wan



Sebenarnya agak leceh nak makan steam boat nie, dah la lapo nak kena memasak dulu lak tuu..
 terhangus laa,berkecah laa..apa2 pun enjoy..

Sunday, 5 August 2012

KAU TAHU..

Hihihi dulu masa kecik-kecik bile tiba bulan puase je memang paling tak besh,
tapi bile tang nak sambut hari raya,waktu tu aku la rasanya orang yang paling bahagia
kenapa? kerana raya pada aku adalah waktu yang tersangat besh dan istimewa,penuh dengan agenda,
penuh dengan keceriaan,penuh dengan kejutan.
kau tahu,agenda yang paling aku tertunggu-tunggu waktu Pagi Raya selain nak makan ketupat lodeh dan rendang ialah pakai baju raya, hahaha..
kerana masing-masing (aku,adik dan pakcik-pakcik aku yang lebih kurang baya) sebelumnya telah merahsiakan warna dan corak kain masing-masing,
Jadi lepas mandi sunat hari raya (huwalauwehh...air sejuk gile kau tahu..) kami semua bersiap-siap menyarung baju raya..dan masing-masing saling berpandangan sambil lubang hidung kembang kempis konon perasan diri segak yang amat hihihi.
Rerase aku la kot yang paling melaram rupanya yang lain pun tak nak mengalah dey yaperdaa!! tak bagi peluang kaa?.
Selesai solat hari raya aku adik-adik aku bersama ayah tersayang menziarahi pusara atok dan nenek disebelah ayah,sedekahkan doa,(selepas solat juga aku tidak pernah lupa untuk menghadiahkan doa kepada mereka) agaknya sampai ketika aku harap Fahim Syahmi dan Iklil Wafi serta bakal anak-anak ku (coming soon hihihi) tidak lupa untuk melakukan seperti itu,tidak lupa menjengah dan mendoakan kedua orang tuanya di sana..
Memang tak dinafikan pagi raya suasananya sangat berbeza...
tapi acara yang paling aku malehh tahap cicak tokek terselit dicelahan kekipas ialah acara bermaafan,hadoii laa korang bayangkan bergaya mengalahkan cicit kepada Hang Tuah bersongkok dan bersampin bagai cume keris je yang takde.
"mak...minta....huwaaaaaa!!!!!! srockk srakk... " dah tak boleh cakap dah,sah kalau nampak Hang Tuah aku macam nie awal-awal dia minta tok bendehara tikam dia betul-betul..wakakaka!!.. hampehh waktu tu memang tak dapat nak ditahan-tahan dari air mata syahdu dari mengalir (termasuk la air hidung) hihihi.. ketika dan saat itu satu rumah memang syahdu sakan la, tapi mak mana yang tak sayang anakkan? belum sempat aku nak minta maaf mak aku dah maafkan dah pun..hihihi cayang mak..
Bukan aku saja yang merasainya tetapi anak-anak  kepada bekas pendekar( pakcik n makcik aku laa) pun kalah dek panahan emosi kesyahduan ketika itu.
"yaallah aku sebagai hambamu amat bersyukur dengan kurniaan mu,engkau tempatkan aku dalam keluarga ini,keluarga yang penuh dengan kasih-sayang, syukur yaallah."
Well korang kenal aku kan? aku mana boleh sedih lama-lama, ruang yang tadinya syahdu segera aku warnakan dengan hilai ketawa semua yang ada,dari atok,nenek,emak,ayah,adik-adik dan pakcik-pakcik serta makcik-makcik aku semuanya kembali ceria..
dan acara wajib yang sebenarnya baru muncul,iaitu acara makan, benda yang aku cari di awal bismillah ialah lauk setahun hijrah iaitu lauk mambo eh jumbo (apo namo eh lauk nie?) eh what ever laa janji ini lauk membuatkan sesiapa yang hilang deria rasa waktu itu akan mengalirkan air mata kekesalan,seterusnya kesan kelukaan itu dibawa hinggan ke hari raya tahun hadapan hahaha!!!
ia juadah yang mempunyai nama yang sangat unik ini hasil dari air tangan (bukan air basuhan tangan eh) makngah terima kasih atas lauk yang beshh nie ye makngah hihihi..
bbrrrrrrrrrrkkk!! alhamdulillah.
Akhir hari raya waktu untuk mengeluarkan wang hasil kutipan, inilah kejutan yang aku maksudkan, biasanya hasil yang aku perolehi lebih dari seratus ringgit melaysia,syukur alhamdulillah.

Ini adalah pengalam aku semasa kecil-kecil dahulu,sekarang aku sudah dewasa, mempunyai keluarga sendiri, puasa bukan lagi sebagai bebanan atau syarat untuk beraya,tetapi ianya adalah satu tangungjawab aku sebagai hamba terhadap tuhannya demi mencari redha dan barokah, lillah hi taala..
Ketika dan saat ini semua agenda masih sama, cumanya aku sudah mempunya keluarga sendiri,punya isteri yang cerdik dan solehah (Nur Arlina Amat) makin kembang laa Lina kalau baca nie, punyai dua orang anak lelaki yang tomel lagi kachaks.
seterusnya agenda disambung dengan kunjung mengunjung, kami satu angkatan bersenjata berkonvoi menuju kerumah sanak saudara, selalunya rumah Tok Long menjadi singgahan pertama kami, Tok Long akak sulong kepada Mak Tok ku wanita ini yang telah diisi penuh dengan sifat keceriaan dalam dirinya melihat dia cukup membuat aku rasa nyaman...
di rumahnya,aku........ weih Gujik hang dah kat dapur ka, Rae turut terkentut terkejut atau pura-pura terkeju?bila disergah, eh emak aku pun dah ada,ehh dah ramai rambongan aku semuanya sudah mengambil posisi masing-masing, lorr cik Zak dengan posisi bersimpuh ayu (eh.. ayu kan nama bini dia dey yaperdaa...) sedang cuba untuk menyelamatkan randang ayam dari dibaham rakus oleh Iman, tak sangka kurus-kurus si iman nie bahaya rupanya bila dibiarkan bersendirian menguruskan rendang ayam tu,
menoleh ke sudut kiri pula terlihat Pak Herman sedang duduk sambil memerhati tajam ke arah kuah lodeh, sambil mulutnya yang penuh itu terkumat-kamit yang pasti bukan tekan jampi tapi sibuk mengunyah ketupat pulut weih itu macam pun ada kaa!! hahaha..
tadi bukankah semuanya baru je bersalaman di luar tadi, cepat pantas lekas dan tangkas sungguh dorang ini..
di dapur memang banyak provokasi telah terjadi diantara aku dan masak lodeh, tanpa memikir dengan lebih rasional aku terus membaham rendang ayam dan lemak lodeh di tambah dengan kuah kacang...ini baru kenikmatan sebenar,masak lemak lodeh ini antara yang terbaik di daerah kampung aku ye hihihi ( kalau korang pernah menonton man vs food mungkin korang faham apa yang aku maksudkan hiihihi)
selesai.
setelah kami bermaafan,beransurlah ke singgahan seterusnya,menuju dan mencari kemaafan,menziarahi, bertanyakan khabar berita,perkembangan terkini selain sanak-saudara yang sememangnya bertambah kembang saban tahun hihihi..menandakan sihat kodisi badannya alhamdulillah..
masuk seminggu raya seluar yang asalnya dibeli mula menampakkan kesendatan yang mendadak, dengan jemputan rumah tebuka yang bertali arus dan jemputan dari supplier di tempat kerja fuhhh!! nasib baik tuhan kurniakan perut ini dengan sistem semulajadi first in first out kalau tidak mahu meletup bai..mulalah tanam azam baru lepas raya nk diet yes akhirnya jumpa raya tahun hadapan azam tinggal azam
yoosshii..

nota: sebenarnya aku tengah takde kerja nie, bayangkan boleh menaip panjang2 macam nie mcm nk balik pun ye jugak nie..sabo2..