Sunday 1 March 2015

TASIK BIRU

Assalamualaikum alls...

Tadi bersamaan 01.03.2015 ditakdirkan kawan baik aku minta tolong buat edaran percuma naskah surat khabar di Bukit layang2 sempena pesta layang2 antarabangsa kali ke.....entah lantak la kali keberapa pun.

Selesai tugasan kami berpakat memandangkan masing2 tiada punya apa2 xtvt rasanya masa yang ada kami nak menyinggah ke pasaraya mydin di Seri Alam. Alang2 sampai ke sana aku teringat akan loksi Tasik Biru yang diperkatakan orang ramai. Baik dari mulut kemulut atau melalui media sosial.

Operasi mencari lokasi pun dimulakan, dari satu simpang ke satu simpang kami lalui dan akhirnya lokasi dijumpai. Keadaan lokasi agak suram. Terpaksa menempuh lorong2 tikus mendaki bukit dan meredah lereng2 bukit. Nasib baik kami kerap juga bersukan jadinya masalah fitness bukan halangan hihihi..

Sampai di puncak aku sangat terkejut, terpaku, terpesona. Masyaallah memang pemandangan yang sangat2 indah..kebiruan airnya sangat memukau mata, biasanya pemandangan sebegitu hanya dapat dilihat di dalam tv dan hanya ada di luar negara tetapi kali ini ada di depan mata.

Ingin di ingatkan bahawa kawasan itu sangatlah merbahaya kepada pelawat, umpama kita berada di atas bumbung bangunan tanpa pagar,keadaan tebingnya yang tinggi setinggi rumah pangsa 15 tingkat dan diingatkan ini bukan kawasan rekriasi umum.

Sebenarnya kawasan Tasik Biru ini sudah lama ada ini dari cerita orang2 sekitar, pernah ketika kemarau yang terjadi lama dahulu penduduk sekitar mendapatkan air dari Tasik Biru itu sebagai sumber bekalan air. Tetapi ketika itu jalan masih lagi belum ada jadinya mereka terpaksa meredah hutan.

Cerita panjang2 takkan tiada ole2 gambarnya iakan...


Gambaq selfie cam puii!!

Kebetulan Tasik Biru baju pun biru.. aiceh!!



No comments:

Post a Comment