Monday 23 March 2015

SUAMI KU EN SOTONG..PUIII!!

Tajuk kali ni dah macam ha..m kan?? Aku tak faham dengan dunia pernyiaran sekarang nie dan lebih tak faham dengan cara penulisan para novalis atau penulis skrip zaman sekarang. Sekarang ini idea atau ilham untuk penghasilan novel atau skrip drama mungkin dari proses penyembahan kubur kot..bayangkan bole ke seorang itu berimaginasi perkara yang sangat bertentangan dalam agama apatah lagi agama islam.

Dengan menyelitkan sedikit unsur2 agama bukan bermakna semua itu dapat kite telan dan hadam mentah2. Tapi apakan daya apa sahaja yang dihidangkan di hadapan mata yang kita tahu telan saja bulat2 tanpa dapat menilai atau menimbang tarakan akanya.

Dalam adegan drama ini bolehkan seseorang perempuan yang berstatus isteri menjalinkan hubungan dengan lelaki lain?? Ok di sini mungkin agak klise bagi drama melayu sekarang yang mana watak iseri atau suami main kayu tiga...ok fine itu cerita masyarakat..

Kita mungkin selalu lihat cerita penggali kubur yang mana ada juga babak2 suami atau isteri yang berselingkuh yang mana di penghujung cerita akan ada pembalasan nya.

Tapi yang ini pada aku memang agak melampaui batas bukan hanya untuk menjadikan cerita itu sebagai contoh teladan atau sebagai pengajaran tetapi bagi watak atau babak dalam SKES ini,watak adegan itu dikembangkan lagi seperti mahu ianya dijadikan satu trend masa sekarang.

Sepertinya perkara2 yang dipaparkan itu biasa2 sahaja tidak perlu diambil berat sangat, setakat isteri ada lelaki lain sehingga terlanjur,si suami pula ada pasangan lain itu telah dipaparkan seperti perkara biasa yang mana si suami seperti tidak endah malahan memberikan sokongan moral pula kepada isterinya yang mempunyai masalah dalam perhubungan dengan teman lelakinya.

Belum lagi babak si suami cuma melihat isterinya dipeluk oleh teman lelaki sambil memangku anak hasil hubungan sumbang mereka berdua eih gila la cerita ni. Setiap babak dimainkan secara halus dan lembut tanpa kite rasa terkejut.

Syukur la episod bodo sudah pun tamat...

Mungkin penonton sekarang ini lebih terbuka...aku pun tak faham dengan masyarakat masa sekarang atau mungkin juga aku yang terlalu jumud barangkali..






No comments:

Post a Comment