Tuesday 14 January 2014

SELAMAT TAHUN BARU 2014

Assalamualaikum kepada semua. Selamat Tahun Baru 2014 syukur kita kepada illahi atas limpah kurnia usia dan kenikmatan kesihatan dan kemakmuran selama ini kepada kita. Bukan hendak bercerita tantang azam kerana azam tahun lepas masih belum tertunai lagi jadi terpaksa ianya di bawa ketahun ini.

Seiring peningkatan usia yang kita lalui diharap cara kehidupan dan pergaulan serta pemikiran kita seiring dengan tahap peningkatan usia. Setingkat kematangan dalam menempuh setahun pengalaman lepas adalah untuk dijadikan panduan bagi menempuh setiap saat waktu yang bakal mendatang. Jangan kita lalai dalam setiap perubahan yang berlaku di sekeliling kita.

Dalam peningkatan usia ini tumpuan ibadah handaklah lebih dihayati, khusyuk dan sentiasa mengingati illahi, ibadah yang ada dipertingkatkan, yang kurang dilengkapkan, yang cetek diperdalamkan, yang lebih diperbanyakkan lagi. Jangan pisahkan ibadah dengan aktiviti harian kita supaya ianya menjadi kebiasaan agar kita tidak lupa tujuan sebenar hidup kita ialah untuk  mengabdikan diri kepada Allah swt.

Berbagai kisah suka duka yang kita lalui sepanjang tahun 2013 lepas, ada yang sempat dan tidak untuk di catatkan dan dirakamkan di dalam blog ini, memandangkan segala kenangan pahit manis itu hanya sejarah maka yang penting apa yang bakal mendatang ini kita tempuhi dengan hati yang terbuka dan tenang serta bertawakal selalu..

Selamat Tahun Baru, Jaga Iman dan Jangan Tinggal Solat..





No comments:

Post a Comment