Tuesday 21 January 2014

ZIARAH 2014

Assalamualaikum..haii all selamat kembali semula saya dan keluarga ke rumah kami setelah menempuh tiga hari yang penuh dengan berbagai aktiviti bermula pada 17 - 19 Jan 2014. Syukur segala yang direncanakan mendapat perkenan dari Allah SWT.. Kami sekeluarga telah ke K.L atas tujuan ziarah saudara kami iaitu biras aku Abg Ali & Isterinya (kakak ipar aku) iaitu Pn Azizah. Setelah hampir 3 tahun berpindah dari Kulai Johor ke Bandar Baru Bangi ini kami masih belum berkesempatan menziarahi mereka, sebelum ini ketika kakak ipar aku masih di Kulai kami rajin sesangat bertandang ke rumah mereka. Terima Kasih kepada kedua mereka yang sudi menerima kami sebagai tetamu rumah mereka dan terima kasih atas layanan yang baik.Inyasallah kalau ada kelapangan kami ingin kesana semula, 

Keduanya alang-alang kami kesana sempat jugalah kami menyinggah ke tempat2 yang sebelum ini telah kami fikirkan. Pertama kami ke I-City selangor di seksen 7 Shah Alam. Kebetulan masa juga mengizinkan aku dan isteri untuk kesana, kami sangat gembira bila melihat anak2 kami tersangat gembira. Pertama kali ke sana aku mengharapkan yang tempat ini lebih bagus dari The Mines Wonderland atau sekurang-kurangnya sebagusnya. Tetapi jangkaan aku meleset sama sekali kerana ternyata setelah hampir 12tahun lalu aku rasakan The Mines Wonderlang yang pernah aku kunjungi sewaktu zaman kanak2 itu lebih canggih keadaannya. Ini kerana di The Mines ketika itu aku boleh dapat rasakan keadaan salji sebenar yang turun dari atas dan terjatuh atas kepala lalu mencair di atas kepala tetapi di I-Citi aku cuma dapat merasakan yang aku berada di dalam sebuah peti sejuk bersaiz gudang..well apa2 pun masih boleh dimaafkan kerana hiasan damannya dan kita boleh bermain permainan di dalamnya juga..

Setelah selesai kami bertolak terus ke rumah Kakak ipar aku serta bermalam di sana, Di hari kedua pula kami berempat mengunjungi Ikea, sudah lama teringin untuk ke situ kerana aku pernah mengunjungi 
Ikea sewaktu kecil2 dahulu dan ternyata banyak sudah berubah ketika ini. Disana aku sempat merasai meat ball dan salmon dengan kauh lemon,terlihat di papan menu ianya berasal dari Sweden. Boleh tahan juga rasanya, itu kami anggap sebagai makan tengah hari ala kebaratan puii, untuk melengkapkan kesempurnaan program ziarah kami ini kami telah melakukan singgahan ke rumah pakcik dan seperti biasa layanan kelas A++ dari cik Jun telah kami terima. Hajat terakhir juga kami sebenarnya ingin ke rumah c.Naha dan Pak Han tetapi keadaan tidak mengizinkan, terima kasih c Naha kerana menggorengkan kami buah pisang..(pisang goreng) hihihi..

Dengan itu  tamatlah jelajah ziarah kami ke K.L dan keesokan nya kami pulang ke Johor Bahru..syukur segala yang dirancang terlaksana dengan baik, semua menepati jadual dan tersusun.



Tengah menunggu tiket..
Dua anak lelaki

Sama2 kacak dan bergaya hihihi..



 Baby penguin

Handsome la budak tu.

Fahim makin orang kate jangan makin la dia buat..

Apa la yang dorang sukakan tu..

Melepak ke?? 

Sembang ape tu??

Umi and the boyz

Nampak tak penguin tu?

Semua orang ambil foto dia, hihihi budak comey mmg laa..

With my sweet lovely wife..

Comey bumbum...

Abg Ali banja kami semua..terima kasih 

Meat Ball Ikea..

Sesat lak dak nie...


Hidangan tengahari

kidz zania..


No comments:

Post a Comment