Sunday 4 August 2013

Posting Raya

Hai blog...Assalamualaikum..

U alls rasanya dalam waktu2 seperti ini kita sudah tidak mampu untuk menumpukan sepenuh perhatian dalam tugasan kerja harian, maklumlah masing2 sudah diresapi dengan semangat raya, terbayang di kepala hotak (amboi otak sudah..)kita suasana raya yang bakal menjelang nanti mentelah pula raya cuma tinggal lagi 2 hari dari date blog ini di publish..huhu

Bercerita pasai raya ini mungkin persiapan untuk menyambut raya sedikit-sebanyak sudah bermula, ada yang telah melakukan persiapan dari awal dan ada juga yang lebih selesa dengan last minute preparation papepun terpulang janji raya tetap meriah tak gitew...

Bagi aku raya kali ini agak sederhana,baju melayu kami sekeluarga awal2 lagi wife aku dah siapkan, untung dapat wife pandai jahit baju, wife aku dah siap sediakan untuk kami sekeluarga dari aku sampai la untuk kedua anak bujang kesayangan aku sume wife aku yang sediakan, hebatkan wife aku.. ala korang bukan susah jahit baju melayu dan baju kurung tu pun.

Ok meh sini aku bagi tahu skill wife aku yang sangat handal ini. Pertama mestilah kena cari bahan dahulu jadi untuk tema kami tahun ini ialah warna hijau, kedua decided design apa yang kita inginkan,yang ketiga ni rumit hahaha.. cari kedai menjahit baju hahaha pastu campak je kat sana cukup masa amik semula, bayar.. dah ada 4 pasang baju raya hahahaha!!! hebatkan wife aku yang tercinta tu, korang ado? so kalau orang tanya baju beli ke buat ofkos la aku jawab buat!!..

Tentang shopping untuk raya ini aku ambil pendekatan baru iaitu beli simpan dan simpan dan simpan lagi (lame ny ko simpan) pastu nak raya baru buka plastik dan guna hahaha..kebanyakan pakaian untuk raya tahun ini sudah aku beli sejak dari awal tahun lagi, ketika itu aku ke Singapura bersama isteri di sana aku belilah barang sehelai dua seluar, nak di jadikan cerita setelah beli aku terus terlupa tengtangnya sampai la baru2 ini aku terlihat bungkusan plastik yang tertulis Mustafa Centre, aku buka dan barulah tersedar ada seluar yang masih baru tidak terguna, korang nampak tak kat sini aku dah save dah..

Anak2 kami semua sudah kami siap dan lengkapkan, jadi rasanya lengkaplah persiapan kami untuk raya tahun ini, sesederhana mungkin tapi gaya tidak diabaikan, semurah mungkin tapi jenama tidak ditolak tepi, mencari yang terbaik dan berkualiti tetapi harga tidak tinggi..tak gitew.. cek Kiah?

Sebelum terlambat aku ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Idul Fitri Minal Aidil Walfaizin maaf zahir dan batin sekiranya dalam blog ini ada terlepas statement yang mengundang rasa marah, tersinggung rasa, terkecil hati, menjeruk rasa, tergoncang prinsip, tergoyah iman harap dimaafkan, aku hanya sekadar menaip tanpa menujukan khusus kepada sesiapa, hanya luahan rasa dan coretan suka-suka..

P/s R


aya mai la rumah no..

No comments:

Post a Comment