Sunday 4 August 2013

Gila Camera

Haii allzs..

Macam nie..korang pernah ada kegilaan terhadap sesuatu benda? kalau tanyakan kepada aku dengan tanpa berfikir aku terus menjawab ada hehe..memang pastinya semua manusia ada keinginan samada tahap keinginan itu sederhana atau pun sudah terlebih had ke tahap "gila"..

Camera adalah kegilaan aku yang pertama, aku sangat suka pada apa saja gadget yang boleh berfungsi untuk merakam terutama camera, sekarang ini aku sudah mempunyai sebuah camera canon 500D dan sebuah camera compact Fujifilm yang mana kedua2 gadget ini sangat aku sayang sehinggakan kalau di letakkan 3 orang Siti Nurhaliza sekali pun aku tetap dengan camera kesayangan aku..

Motosikal adalah kegilaan aku yang kedua, sayangnya aku terhadap motor sehinggakan aku boleh meminggirkan perasaan rakan2 lain yang ingin meminjam motor ku ini dengan seringkas perkataan "NO"..persetan kepada perasaan mereka asal saja motor ku ini terpelihara dari sebarang musibah..pernah aku terjatuh manja dengan motor kesayangan ku itu, tetapi yang aku risaukan bukan diriku tetapi tank (tangki) minyak motor ku itu sekiranya kemek (caner eja?) atau calar huhu..barulah perasan yang calar hanyalah maruah ku...

Berbalik kepada camera, untuk raya yang bakal menjelma ini wajarkah aku menyambar sebuag lagi camera untuk aku memastikan bahawa raya ini tiada moment yang bakal terlepas dari lensa mata camera ku itu nanti? atau adakah cukup dengan menggunakan camera yang sedia ada? hemmm sejak dua menjak ini mata aku tertumpu pada camera DSLR bersais compact, bagai direnggut tangkai jantung hati ku ini bila terlihat iklan dan susuk bodynya itu di ruang2 kedai..

Ia mungkin raya ini lebih bermakna sekiranya kita beraya bersama camera baru...hahaha



Canon 500D


Sabo je laa...

No comments:

Post a Comment