Thursday 11 July 2013

Ramadha Al Mubarak...

Assalamualaikum..selamat berpuasa kepada semua, semoga bulan yang mulia ini dapatlah kiranya di munafaatkan dengan perkara2 yang baik, gandakan lagi amal ibadah, tingkatkan kesabaran, kukuhkan keimanan...Sebenarnya tidak hanya di bulan puasa sahaja tetapi hendaklah di aplikasikan setiap hari dalam kehidupan seharian sebagai seorang muslim..Diharap Ramadhan ini memberikan kita lebih keberkatan dalam setiap amalan yang kita lakukan amin..

Aku pun pelik gak bila fikirkan, sebelum bulan puasa aku rajin la juga beli lauk dah siap, maklum laa masing2 terkejar2, dgn tersekat dlm jammed ny, nak amik anak lagi, so nak menyenangkan semua aku beli la lauk siap masak, setakat rm8 tu dah cukup untuk kami makan sekeluarga dalam 5 org dewasa, tapi bila tiba bulan puasa nie bawa la rm8 tu g bazar gak2 korang leh dapat apa?.. Aku try la menanyakan lauk ikan masak asam pedas, ade ke rege seketul ikut saiz, ok fine tu xpe lagi so aku tanyakan la ikan saiz M tu (ye ke M mcm XS je) "yang nie rm4 bang, klu yg nie (dia tunjuk saiz L) rm6 je" ...Omak kau rm6 seketul??? makan sendiri la kak..(merungut dalam hati je)..Ala ikan belukang je pun..

Aku blah gitu je..sambil terhimpit2 bersesak dengan pengunjung lain, xubah macam nak tengok final piala FA tu hari (dh la D barang yg lepas jgn di kenang) pengalaman bersesak tu aku gunakan sepenuhnya dalam waktu camnie..Demi sebungkus lauk kn kckckc....sabo je la..so aku pun singgah ke gerai kedua nampak macam ok, sikit2 aku menghimpit dengan susah payah dapat la aku bersua dengan si penjual, terus dengan soalan harga untuk membeli sayur nangka masak lemak.." kak bungkuskan yg nie rm3 sambil tangan aku tepat tunjuk ke sayur nangka tu dengan harapan di terus cedokkan tanpa berlengah." dalam hati berkira2 baki beli lauk ade rm5 lg.. " Ok dik siap," aku yang tengah leka memerhatikan ayam percik tiba2 tersentap melihat bonjotan plastik berisi nangka masak lemak tu fuiyoo tak ubah macam sanggul budak kecik darjah 6..alahai nasib ko la D..ini Fahim sorang pun tak cukup...

Aku pun beredar dengan muka buat2 pelik..so tempuh la lagi kesesakan yang amat, berasak2 akhirnya aku dah mcm kebingungan, aku tak pasti kerana apa mungkin kekurangan oksigen atau hidrasi, tapi yang pasti fizikal aku masih mantap..kebingungan tu terjadi setelah aku terlihat ayam golek yang sedang menari2 aloha persis penari gelek di kepulauan hawaii tu..perhh yang ini aku  betul2 kalah,mmg stim je aku perhatikan...Tak tahu apa terjadi selepas itu tiba2 kau dah berada di gerai ayam golek td,kira gerai ketiga la nie, cepat je mulut aku "kak minta sekor"..bungkusan pun bertukar tangan "ok dik RM18 "...

Korang nampak kn..tadi konon nk banje kurang dari rm8 sekarang ayam golek je dah rm18 kckckc...tu la dia penangan, cabaran, dugaan, dan cobaann.......ke bazar ramadhan nie...ape2 pun sabo je laaa..


P/s sampai rumah mak aku dh siap masak mee sup..dah tu nie sape nak makan??? huwaaa..

No comments:

Post a Comment